Kejayaan Olimpik Lebih Penting


AZALINA mahu melihat atlet negara cemerlang di pentas Olimpik.

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman menjelaskan bahawa memenangi pingat emas pada peringkat Sukan SEA tidak memberikan sebarang makna jika atlet Malay- sia gagal cemerlang dalam pertandingan sukan antarabangsa yang utama seperti Sukan Olimpik.

Beliau menggesa atlet-atlet kebangsaan supaya meneruskan kecemerlangan dan tidak hanya berpuas hati dengan kejayaan pada temasya Sukan SEA di Korat bulan lalu.

“Benar, prestasi kita baik pada Sukan SEA dengan menang 68 pingat emas dan menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang tuan rumah, Thailand. Tetapi menang pada peringkat rantau ini tidak memberikan apa- apa makna jika kita terus memberikan keputusan sifar pada Sukan Olimpik,” katanya.

Kenyataan Azalina itu dibuat sebagai merujuk kepada kegagalan kontinjen Malaysia memenangi sebarang pingat pada dua Sukan Olimpik terakhir di Sydney (2000) dan Athens (2004).

Selepas ketandusan pingat dari 1956 hingga 1988, pingat pertama Malaysia pada Sukan Olimpik hadir pada 1992 menerusi badminton apabila pasangan adik-beradik, Razif dan Jailani Sidek memenangi pingat gangsa dalam acara beregu lelaki pada Sukan Olimpik Barcelona.

Empat tahun kemudian di Atlanta, badminton sekali lagi memberikan keceriaan dengan satu perak menerusi gandingan beregu lelaki, Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock serta gangsa menerusi Rashid Sidek dalam perseorangan lelaki.

Di Atlanta, kontinjen Malaysia seramai 36 atlet beraksi dalam sukan menembak, renang, olahraga, kapal layar, tinju, kanu, hoki dan badminton.

Di Sydney, Malaysia menghantar atlet dalam sukan olahraga, badminton, terjun, pela- yaran, menembak, renang, gimnastik dan hoki, tetapi gagal meraih sebarang pingat dan ia berulang di Athens apabila Malaysia beraksi dalam acara berbasikal, badminton, menembak, pelayaran, gimnastik, terjun, memanah, olahraga dan angkat berat.

“Saya mesti katakan bahawa peluang realis- tik untuk pingat pada Sukan Olimpik Beijing tahun ini terletak di bahu pemain-pemain badminton dan saya berharap mereka dapat meningkatkan prestasi apabila tiba masanya,” katanya.

Harapan Malaysia di Beijing nanti sudah pasti kepada juara Sukan Asia dan All England, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang kini beregu lelaki nombor satu dunia serta Lee Chong Wei, pemain perseorangan lelaki nombor dua dunia.

Selain daripada tiga pemain itu, 12 lagi atlet telah layak ke Sukan Olimpik Beijing secara merit iaitu tiga daripada renang, memanah (tiga), taekwondo (dua), olahraga (dua) dan masing-masing satu daripada terjun dan menembak.

Sukan Olimpik Beijing akan diadakan dari 8 hingga 24 Ogos depan. – Bernama

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: