Badminton Jadi Taruhan Di Beijing

Oleh YASMIN RAMAN


KIEN KEAT (kiri) dan Boon Heong diletakkan sebagai prospek terbaik untuk meraih pingat pada pentas Olimpik.

ACARA badminton akan dijadikan taruhan untuk melakar sejarah pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China Ogos ini.

Pingat emas ditagih daripada mereka. Ia bukan omongan kosong tetapi harapan itu dibuat berdasarkan rekod cemerlang sukan tersebut di pentas antarabangsa.

Ia merupakan acara yang dianggap realistik untuk mengakhiri ketandusan pingat kepada kontinjen negara pada temasya tersebut selepas gagal di Sydney pada tahun 2000 dan Athens 2004.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, bukan mudah untuk memenangi pingat pada Sukan Olimpik kerana atlet yang layak semuanya bertaraf antarabangsa.

“Bukan saya hendak memperkecilkan acara yang lain, semua acara ada kelebihan masing-masing tetapi setakat ini apa yang boleh saya katakan ialah badminton kerana ia dilihat acara yang mampu meraih kemenangan.

“Bagaimanapun, jika atlet dari acara lain misalnya dapat merangkul pingat ia merupakan satu bonus buat negara kita dan kejayaan itu bakal melakar kecemerlangan dalam arena sukan negara ini,” katanya.

Selain itu Zolkples turut menjelaskan bahawa bilangan atlet negara yang berjaya layak secara merit ke Sukan Olimpik juga bertambah dan ini memberi petanda berkaitan peningkatan dari segi prestasi di kalangan atlet negara.

“Setiap tahun pertambahan atlet untuk ke Sukan Olimpik bertambah dan ia salah satu faktor yang menunjukkan bahawa prestasi sukan di negara kita semakin meningkat.

“Bakat-bakat baru juga semakin ramai dapat dikenal pasti.

“Perkembangan ini merupakan petanda positif dalam usaha kita meletakkan mutu sukan negara ke tahap lebih cemerlang,” katanya.

Ditanya mengenai prospek pingat pada Sukan Olimpik kelak, Zolkples tanpa berselindung menjelaskan bahawa harapannya adalah kepada acara badminton menerusi beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Katanya, mereka tleah memperlihatkan kecemerlangan sepanjang tahun 2007 dan tidak mustahil mereka mampu mengulanginya tahun ini.

“Yang penting, mereka perlu bekerja keras kerana saya tahun mereka juga mengimpikannya.

“Mereka ini merupakan atlet yang patut dicontohi dan negara amat berbangga sekiranya ramai pelapis yang tampil ke hadapan menunjukkan bakat yang lebih cemerlang.

“Beregu lain seperti Chong Tan Fook dan Lee Wan Wah serta Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari dan Mohd Zakry Abdul Latif juga dijangka bakal mengharumkan nama negara kelak,” katanya.

Selain badminton, Majlis Sukan Negara (MSN) juga berharap agar atlet memanah mampu mencipta kejutan pada temasya itu kelak.

“Bagi saya, kejayaan atlet memanah negara melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik adalah satu kejayaan.

“Ini membuktikan sukan memanah negara sudah mencapai taraf Olimpik dan perlu diperkukuhkan lagi prestasinya.

“Setakat ini, tiga atlet memanah telah layak dan saya sangat berharap, (jika bukan sekarang), pada masa akan datang, mereka mampu meraih pingat dan yang penting mengekalkan prestasi cemerlang ini,” katanya.

Selain hasrat untuk meraih pingat MSN juga menaruh harapan agar atlet yang telah layak dapat melakukan catatan peri badi terbaik serta memecah rekod kebangsaan.

“Jadi, atlet kita seharusnya fokus pada setiap acara yang dipertandingkan dan cuba untuk perbaiki rekod sebelum ini.

“Kalau boleh cuba menjadi legenda sukan negara dan ia bukan mustahil bagi atlet kita jika mereka memiliki komitmen serta semangat juang yang tinggi untuk berjaya.”

Ditanya mengenai persediaan kontinjen negara yang bakal beraksi pada temasya itu nanti, Zolkples berkata, MSN kini sedang dalam perbincangan untuk menghantar atlet menghadiri program motivasi bagi memantapkan lagi kekuatan mental mereka.

“Ia merupakan langkah terbaik untuk meningkatkan kekuatan mental dan fizikal atlet negara dalam menempuhi pelbagai rintangan pada temasya itu nanti,” katanya.

Selain memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi temasya Sukan Olimpik akan datang, MSN juga sedang membuat persediaan rapi bagi menyediakan atlet untuk ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2010.


ZOLKPLES juga yakin dengan kemampuan skuad memanah negara untuk menghadirkan kilauan pingat pada Beijing 2008.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: