Daniel, Cai Lin Olimpian 2007


DANIEL (kiri) dan Cai Lin bangga bersama pingat dan cek yang dimenangi selaku Olimpian Terbaik 2007 pada majlis di Kuala Lumpur semalam.

ATLET renang negara menguasai anugerah Olimpian Terbaik 2007 apabila Daniel William Henry Bego dan Khoo Cai Lin masing-masing dipilih bagi kategori lelaki dan wanita semalam.

Daniel perenang kelahiran Sarawak kini berada pada prestasi terbaik setelah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing di China dalam tiga acara iaitu 100 dan 200 meter kuak kupu-kupu serta 200m gaya bebas pada Ogos depan.

Malah pada Sukan SEA di Korat, Thailand tahun lepas Bego berjaya merangkul dua pingat emas dalam acara 100m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas dengan memecahkan rekod kejohanan.

Daniel dan Cai Lin menerima trofi dan wang tunai RM10,000 daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan di Arena Sukan Tertutup Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Kuala Lumpur semalam.

Daniel menewaskan empat calon lain dalam kategori lelaki termasuklah Mohd. Qabil Ambak Muhammad Fathil (ekuestrian), Yeoh Ken Nee (terjun), Lim Yoke Wai (karate) dan Cheng Chu Sian (memanah).

Sementara itu, pemilihan Cai Lin yang juga layak ke Olimpik Beijing (kategori B) adalah berdasarkan pencapaian cemerlangnya pada Sukan SEA dengan memenangi dua pingat emas dalam 400m dan 800m gaya bebas.

Dia berjaya memadamkan dua rekod kejohanan selain memecahkan rekod kebangsaan 800m gaya bebas milik ratu renang, Nurul Huda Abdullah.

Dua atlet wanita lain dicalonkan dalam kategori itu ialah Leong Mun Yee (terjun) dan Lim Wen Chean (gimnastik).

Sementara itu sepuluh bekas pegawai sukan dan atlet diabadikan pada Hall of Fame MOM. Pegawai-pegawai sukan tersebut adalah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (hoki), Tan Sri Elyas Omar (badminton, lumba basikal, bola sepak), Datuk T. Paul Murugesu (bola sepak), Tunku Datuk Seri Adnan Tunku Besar Burhanuddin (hoki, judo), Tan Sri P. Alagendra (hoki) dan Datuk Tan Chin Nam (catur). Bekas atlet pula ialah Malek Noor (bina badan), Shaharuddin Jaafar (lumba basikal), Yew Cheng Hoe (badmintan) dan Ng Seow Meng (badminton).

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: