Nirina Zubir Arak Obor Olimpik

JAKARTA, 21 MAC 2008: Bangga sungguh hati Nirina Zubir, 28, apabila terpilih untuk mewakili Indonesia sebagai pembawa obor Sukan Olimpik Beijing 2008 apabila obor itu akan dibawa singgah di negara seberang itu pada 22 April nanti.

Bahkan Nirina mengakui bahawa dirinya sudah tidak sabar lagi menanti kedatangan obor itu sambil membawa ia berlari mengelilingi kota Jakarta.

“Semua ini bagaikan mimpi buat saya. Tapi ia adalah satu penghormatan yang cukup besar buat saya. Apatah lagi, ini adalah kali pertama obor sukan Olimpik ini datang dan singgah ke Indonesia.

“Sebagai persediaan, saya sudah pun mengadakan latihan dengan berlari mengelilingi kawasan rumah saya sebagai persiapan diri,•῀῝ kata aktres yang terkenal dengan wataknya dalam filem My Heart dan Love Is Cinta ini.

Penyertaan Nirina bersama 5 calon untuk menjadi pembawa obor di Jakarta lain adalah atas pilihan syarikat Coca-Cola Indonesia sendiri iaitu salah satu penaja untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 pada tahun ini.

Seperkara lagi, ia turut bersandarkan usaha aktres kelahiran Madagaskar ini yang selama ini cukup bergiat aktif untuk menyelamatkan hidupan liar yang hampir pupus di Indonesia.

Nirina juga adalah salah Anggota Kehormatan, World Wide Fund For Nature (WWF) di Indonesia sama seperti Maya Karin di Malaysia.

“Saya bangga kerana dipilih atas usaha yang saya lakukan selama ini dalam menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kita menjaga dan melindungi hidupan liar ini.

“Mudahan-mudahan apa yang saya lakukan ini dapat memberikan inspirasi atau menyedarkan masyarakat untuk terus mengambil berat tentang hidupan liar yang perlukan perlindungan ini,” katanya yang sudah pun membintangi 6 filem ini.

Indonesia adalah salah satu daripada 21 negara di 5 benua yang akan disinggahi pelari Obor Olimpik dalam perjalanannya ke menuju ke Beijing. Ia akan mula dinyalakan di Olympia, Yunani pada 24 Mac ini dan akan tiba di Beijing di upacara pembukaannya pada 8 Ogos nanti.


Murai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: