Larian Obor Olimpik Beijing Tiba Di Shanghai

SHANGHAI 23 Mei – Larian Obor Olimpik Beijing 2008 hari ini tiba di hab kewangan di Shanghai tetapi tiada sorakan kedengaran berikutan bandar ini masih berkabung memperingati gempa bumi yang telah meragut puluhan ribu nyawa di bahagia tengah China minggu lalu.

Upacara nyalaan obor di pusat bandar Shanghai dimulakan dengan tafakur selama seminit untuk mengingati lebih 80,000 korban gempa di wilayah Sichuan.

Datuk Bandar Shanghai, Han Zheng dalam ucapan ringkasnya pada upacara itu berkata, hati 19 juta penduduk bandar ini sedih atas nasib mangsa gempa.

“Apabila pelari menyerahkan Obor Olimpik, mereka bukan saja menyerahkan semangat Olimpik malah ia disertai dengan keyakinan dan keberanian penduduk Shanghai untuk bersama-sama dengan mangsa gempa bumi untuk membina semula Sichuan,” kata Han.

Pemenang pingat emas acara renang semasa Olimpik Barcelona 1992, Zhuang Yong kemudiannya mengambil Obor Olimpik menyambung larian sambil disaksikan berpuluh-puluh ribu penduduk yang mengibarkan bendera China.

– AFP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: