Semangat Empat Lelaki

Dapatkah pasukan dari New Zealand meneruskan rekod kejayaan mereka menguasai acara mendayung dalam Sukan Olimpik pada bulan Ogos ini di China?


EMPAT lelaki ini berjanji akan mengulangi kejayaan pasukan New Zealand yang pernah memenangi pingat pada Sukan Olimpik 1972 dan Sukan Olimpik 1984.

SEJARAH hebat terpampang di sebalik latar belakang yang hebat seorang lelaki bernama Hamish Bond yang cacat bahu kanannya, sebaik sahaja dia duduk dan mula berbicara di ibu pejabat sukan mendayung di Tasik Karapiro, New Zealand.

Sekeping gambar berbingkai besar pemenang pingat perak sukan Olimpik dengan perahu tanpa kemudi yang dirakam pada Olimpik Munich 1972, tergantung di belakangnya.

Bond yang duduk di dalam bot itu telah dipujuk oleh bekas krew pasukannya, Carl Meyer dan James Dallinger untuk menunjukkan penderitaan yang berpunca daripada kemalangan dengan sebuah trak pada tahun lalu.

Dengan penuh semangat, pelajar universiti itu bertanya, “Nak tengok?” Tanpa menunggu sebarang jawapan, Bond memusingkan bahunya ke hadapan untuk menunjukkan tulang selangkanya yang tersembul keluar.

“Bahu saya teralih setelah dilanggar ketika mengayuh basikal. Secara asasnya, tulang selangka saya tidak bersambung dengan bahu, tetapi saya tidak kisah.”

Kemalangan itu menyebabkan tiga orang lelaki dan rakan sepasukannya, Eric Murray hilang masa berharga untuk berlatih sehingga hujung tahun lalu, selepas mereka memenangi kejuaraan dunia di Munich.

“Ya, kami tidak dapat berlatih bersama ketika dia berada dalam proses untuk sembuh,” sampuk Meyer.

“Kemudian, Dally (Dallinger) terpaksa menjalani pembedahan. Kami masih ada semangat. Kami kembali mendayung dan menghabiskan masa musim panas dengan gembira.”

Musim panas yang gembira itu berakhir dengan keempat-empat lelaki ini dipilih sebagai peserta mewakili New Zealand dalam acara bot (empat orang pengayuh tanpa pengemudi) ke sukan Olimpik Beijing selepas berjaya menempuh cabaran di peringkat kebangsaan pada Mac lalu.

Proses pemilihan itu berlangsung selama 12 bulan. Mereka bersatu kembali dalam tempoh kurang enam bulan sebelum kejohanan dunia pada September lalu apabila Dallinger dibawa masuk menyertai pasukan.

Kesemuanya menghabiskan masa bulan pertama untuk mengenali antara satu sama lain dan berlatih gaya dayungan yang pelbagai.

Mereka boleh memecut laju, tetapi semangat bekerja dalam satu pasukan masih belum ada. Namun kini, mereka mula menunjukkan persefahaman sebaik sahaja duduk di sekeliling meja yang ditimbuni dengan fail-fail dokumen.

“Kelajuan memang boleh dicapai. Wujud dinamik yang baik, tetapi bagaimana kita boleh menyatukan teknik sedia ada. Saya fikir, itu adalah kunci kejayaan dan lebih mudah berbanding apa yang telah kita lalui sebelum ini.”

Semangat berpasukan itu akhirnya terbentuk selepas berbulan berlatih bersama di bawah bimbingan jurulatih Chris Nilsson dan mereka telah memenangi lapan daripada sembilan perlumbaan di Eropah.

“Mereka tidak pernah terfikir untuk menang di Munich dan hanya menetapkan matlamat layak ke sukan Olimpik Beijing,” jelas Murray.

Pasukan ini menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dalam kejuaraan di England pada tahun 2006, ketika Selwyn Cleland menjadi ahli keempat pasukan tersebut.

“Tahun lalu, jika anda berjaya ke peringkat akhir, anda layak untuk ke Olimpik secara automatik,” kata Murray yang peramah dan menarik perhatian ramai media ketika mereka kembali ke New Zealand kerana memakai sepasang lederhosen.

“Jadi, fokus utama kami ialah layak ke Olimpik. Sebaik sahaja berjaya, kami menukar fokus ini dan berkata: “Hey, kenapa kita tidak cuba dan dapatkan pingat di sini kerana kita cukup bagus.”

“Tetapi kami tidak fikir: “Saya akan memenanginya hari ini.” Kami cuma kata: “Ayuh, lakukan sekadar termampu dan lihat hasilnya.”

Di sebalik gelaran dunia, empat lelaki ini tidak membayangkan mereka boleh mengulangi kejayaan New Zealand pada Olimpik 1984, atau memperoleh pingat perak pada Olimpik 1972 dengan begitu mudah. Mereka kini sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk ke Beijing pada Ogos ini.

Tempoh setahun nampak seperti satu tempoh masa yang lama untuk berdayung.

“Setiap tahun, apabila anda pergi bertanding ke luar negara, ia adalah tahun yang baru,” kata Murray.

Menurutnya, bukannya, anda boleh bertanding dan berkata: “Semua orang akan kita kalahkan kerana semua pasukan adalah setaraf sekarang.

“Anda tidak tahu bentuk latihan yang telah dijalani oleh pasukan lain. Mereka mungkin melakukan perubahan dalam latihan, menjadi lebih pantas atau lebih perlahan. Maka, kami pergi ke sana dan lihat apa yang akan berlaku.”

Selepas latihan selama 10 minggu di New Zealand yang mana mereka berlumba menentang pasukan lain di bawah sistem handicap berasaskan catatan masa rekod dunia, empat sekawan ini akan sekali lagi pergi ke Eropah bagi acara regatta menentang pasukan dari negara lain sebagai persiapan ke Beijing.

Mereka kemudian akan menghabiskan sekurang-kurangnya enam minggu sama ada berlatih di lapangan sukan Olimpik Sydney di Penrith atau kembali ke Tasik Karapiro.

Selepas bulan Ogos, pasukan mendayung New Zealand ini berharap dapat menambah koleksi pingat Olimpik di dinding rumah mereka. – Reuters

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: