Bakat Kasia Hebat

Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


“TIADA seorang pun pemain bola tampar wanita yang menunjukkan peningkatan dan mempunyai pencapaian he bat sepertinya. Enam tahun lalu, tiada seorangpun yang mengenali Kasia tetapi kini dia memimpin pasukan bola tampar Poland untuk beraksi di Sukan Olimpik Beijing nanti.

“TIADA seorang pun pemain bola tampar wanita yang menunjukkan peningkatan dan mempunyai pencapaian he bat sepertinya. Enam tahun lalu, tiada seorangpun yang mengenali Kasia tetapi kini dia memimpin pasukan bola tampar Poland untuk beraksi di Sukan Olimpik Beijing nanti.

“Dia mempunyai bakat yang hebat manakala media di Eropah menyukainya kerana selain senang memberikan kerjasama, Kasia juga dikenali disebabkan mempunyai imej wanita menawan,” demikian ulasan salah sebuah media barat terkemuka, Gazeta Wyborcza mengenai pemain bola tampar terkenal Poland, Katarzyna Skowronska.

Katarzyna, 25, yang lebih dikenali sebagai Kasia di negaranya adalah pemain bola tampar antarabangsa Poland yang pernah mencatatkan rekod sebagai pengumpul mata terbaik di Kejohanan Piala Dunia 2007.

Gadis jelita kelahiran Warsaw itu dikatakan mula berjinak dalam sukan berkenaan ketika remaja selepas menyaksikan abangnya bermain dengan sebuah kelab.

Begitupun, seperti mana sukan lain, Kasia perlu melalui beberapa peringkat bawahan terlebih dulu dan pernah me nyertai beberapa kelab seperti Skra Warszawa, Sms Sos nowiec, AZS AWF Danter Poznan, Nafta-Gaz Pila dan Minetti Vicenza sebelum dipilih mewakili Poland di kejohanan antarabangsa.

Kehebatan Kasia dalam sukan berkenaan memang diakui ramai dan tidak hairanlah jika ramai yang takutkan kelibatnya yang mampu melompat setinggi 314 sentimeter (sm) untuk memukul dan menghalang bola pada ketinggian 296 sm itu.

Menurut Kasia, sukan berkenaan pada mulanya tidak mendapat tempat seperti mana sekarang kerana dulu ma syarakat Poland lebih menggemari sukan bola keranjang dan tenis.

Selepas beberapa kali melihat abangnya bertanding, minat pada sukan berkenaan mula bercambah dan mendapat sokongan penuh daripada keluarga.

“Dulu, saya sentiasa berfikir bagaimana seseorang yang tidak begitu tinggi boleh melompat tinggi untuk memukul bola kepada pihak lawan dan menghalang di depan jaring yang begitu tinggi.

“Namun selepas terbabit dalam sukan ini, barulah saya ketahui bahawa itu semua boleh dilakukan dengan latihan dan teknik yang betul. Jika diberi pilihan, saya selesa bermain di bahagian tengah berbanding kanan,” katanya yang diiktiraf sebagai pemain penyerang terbaik dunia.

Dalam pada itu, kehebatan Kasia di gelanggang bola tampar terbukti apabila dia membantu negaranya memenangi per lawanan akhir Kejohanan Kelayakan Bola Tampar Wanita Olimpik menentang Puerto Rico yang membolehkan Poland layak ke Sukan Olimpik di Beijing, Ogos nanti.

Menurut Kasia, kemenangan ke atas Puerto Rico amat bermakna kerana ia secara automatik memberi laluan kepada Poland untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik untuk ke sekian kalinya.

Biarpun terpaksa menghadapi jadual perlawanan yang padat iaitu hampir setiap hari di kejohanan berkenaan, ia ternyata berbaloi kerana dapat membawa negaranya ke kejohanan sukan terulung dunia itu.

“Laluan kami ke Sukan Olimpik tidak semudah yang disangka kerana rata-rata negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan kelayakan berkenaan mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kami turun sebagai salah sebuah pasukan pilihan dan itu sedikit sebanyak mengganggu tumpuan pemain.

“Begitupun dengan hasil latihan dan pelbagai taktik yang digunakan, kami berjaya mengalahkan Thailand, Serbia dan terakhir Puerto Rico untuk layak ke Sukan Olimpik. Kejayaan berkenaan amat manis dan bermakna kerana segala usaha keras kami selama ini berbalas dan apa yang penting, kami bakal beraksi di pentas sukan yang menjadi impian atlit seluruh dunia,” katanya yang kini mewakili kelab Sant’Orsola Asystel Volley Novara, Itali.

Sebelum ini, namanya turut menjadi sebutan selepas men jadi tonggak penting yang memastikan Poland merangkul pingat emas di kejohanan Eropah pada 2003 dan 2005.

Sementara itu, pemain yang memakai jersi nombor satu dengan ketinggian 189 sm ini juga pernah melewati saat suram dalam kerjayanya apabila diketepikan untuk me manaskan bangku pemain simpanan di beberapa pertan dingan sekitar 2004.

Menurutnya, sukar bagi seseorang atlit untuk kekal dalam prestasi terbaik untuk beberapa tahun kerana sebagai seorang manusia biasa, kadangkala mereka di atas dan sebaliknya.

Namun, kata Kasia, menjadi pemain simpanan memang mencabar dan mempunyai tekanan yang lebih besar kerana jika dimasukkan untuk mengganti seseorang, pemain ber kenaan tidak boleh melakukan kesilapan.

“Untuk mencapai ke tahap sekarang, saya sudah melalui banyak kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Daripada bermain dengan kelab yang kecil hinggalah kepada kelab ternama, semuanya saya sudah rasai.

“Namun, apa yang paling meninggalkan kesan di hati ialah ketika menjadi seorang pemain simpanan. Setiap kali di masukkan untuk menggantikan seseorang, saya perlu ber main sebaik mungkin dengan harapan tidak melakukan sebarang kesilapan.

“Ini kerana, pemain simpanan perlu bermain lebih bagus berbanding enam pemain utama dan jika membuat ke salahan, dia akan segera dikeluarkan. Ia kedengaran agak menakutkan tetapi itu adalah senario sebenar yang berlaku dalam sukan bola tampar,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: