Azizulhasni Luar Biasa – MSN

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menyifatkan rentetan kejayaan yang dicapai oleh atlet lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang sejak awal tahun ini sebagai mendahului masa yang ditetapkan baginya mula menikmati kejayaan.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, mengikut program yang dirangka untuk pelumba kelahiran Terengganu itu, dia dijangka menyerlah dan bersaing di Sukan Olimpik London 2012.

“Apa pun Azizulhasni yang baru berusia 19 tahun merupakan atlet yang boleh disifatkan sebagai luar biasa dan jarang dilahirkan oleh negara,” katanya semalam.

Pada 13 Jun lepas, Azizulhasni mengejutkan banyak pihak apabila berjaya mengalahkan jaguh Australia dalam acara keirin seperti Ryan Bayley (pemenang dua pingat emas Olimpik Athens 2004), Shane Kelly (pemenang pingat gangsa Olimpik Athens 2004) dan Mark French (bekas juara remaja dunia 2001).

Azizulhasni melakukannya dalam satu pertandingan antara skuad kebangsaan dengan Australia di Velodron Komanwel Melbourne sebagai persiapan menghadapi saingan Olimpik Beijing Ogos nanti.

Pada April lepas Azizulhasni berjaya mempertahankan kejuaraan acara keirin selain menjuarai acara 200 meter pecut individu pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 (ACC) ke-28 di Velodrom Nara, Osaka, Jepun.

Zolkples berkata, MSN bersedia untuk membantu apa sahaja yang diperlukan oleh Azizulhasni dan pelumba basikal negara yang lain di bawah kendalian jurulatih John Beansley untuk persiapan menghadapi Olimpik Beijing.

“Selain daripada badminton, acara lumba basikal trek juga boleh menjanjikan sesuatu di Beijing nanti kerana mereka sedang menghampiri prestasi atlet-atlet terbaik dunia,” katanya.

Skuad lumba basikal negara sebelum ini mencatatkan sejarah apabila layak secara merit dalam tiga acara ke Beijing iaitu berpasukan (tiga orang), keirin (dua orang) dan 200 meter pecut individu (seorang).

Selain Azizulhasni terdapat empat pelumba lain yang layak beraksi di Beijing iaitu Josiah Ng, Mohd. Ederus Yunus, Mohd. Rizal Tisin dan Junaidi Mohd. Nasir.

Namun salah seorang daripada mereka akan digugurkan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kerana Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa menetapkan hanya empat pelumba boleh beraksi. – Bernama

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: