Merritt, Wariner ‘Terjah’ Sukan Olimpik Beijing


NEVILLE (kanan) mengucapkan tahniah kepada Wariner sambil diperhatikan Merritt selepas berakhirnya acara 400 meter Kejohanan Olahraga Amerika Syarikat kelmarin.

EUGENE, Oregon – LaShawn Merritt berjaya mengecewakan juara dunia yang juga juara Sukan Olimpik dalam acara 400 meter, Jeremy Wariner pada Kejohanan Olahraga Amerika Syarikat kelmarin.

Bagaimanapun, kedua-dua pelari tersebut tetap akan bersama beraksi pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini.

Untuk rekod, Merritt tewas dalam 11 daripada 13 perlumbaan kepada Wariner, namun dia berjaya meraih kemenangan sulung ke atas rakan senegaranya itu di Berlin 1 Jun lalu.

Kelmarin dia sekali lagi mengulangi rentak cemerlangnya itu, sekali gus menempah tiket ke Beijing.

“Dapat menyertai Sukan Olimpik merupakan impian saya. Saya tidak pernah menyertai Olimpik sebelum ini.

“Saya mahu mempamerkan aksi cemerlang di sana (di Beijing). Saya telah membuktikan kemampuan sebenar dan kini saya sudah bersedia beraksi di Beijing,” kata Merritt.

Pada perlumbaan kelmarin, Merritt berjaya mendahului Wariner pada jarak 100m terakhir bagi mencatatkan masa 44 saat, 0.2s di hadapan rakan senegaranya itu.

Manakala tempat ketiga diraih David Neville dengan catatan masa 44.61s.

– Reuters

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: