Rayzam Mahu Tebus Kecewa

Oleh MUSTAPA LAKAWA mustapa@kosmo.com.my


RAYZAM masih belum berputus asa.

JAGUH 110 meter lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian mahu menebus kekecewaannya pada Kejohanan Olahraga Pra-Olimpik Kebangsaan Sabtu lalu apabila turun beraksi pada Terbuka Vietnam minggu depan.

Lebih daripada itu, Rayzam yang juga pemegang rekod Sukan SEA dengan catatan 13.91 saat mahu membuktikan dirinya adalah yang terbaik sekali gus memburu tiket terakhir ke Sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini.

Pada Kejohanan Pra-Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu, atlet dari Sabah itu gagal menamatkan larian ekoran masalah teknikal, sekali gus membuka ruang kepada Mohd. Robani Hassan mencatat masa terpantas, 13.85s untuk muncul juara.

Menariknya, catatan Robani itu hanya lebih 0.13s untuk dibezakan dengan had kelayakan ke Sukan Olimpik bagi kategori B.

Namun bagi Rayzam, dia tetap memandang kegagalannya itu dari sudut yang positif dan bertekad untuk mencipta kejutan di Vietnam pada 19 dan 20 Julai ini.

“Kalau ditanya tentang kecewa, memang saya akui kegagalannya saya pada Kejohanan Pra-Olimpik lalu sebagai suatu yang mengecewakan,” jelas Rayzam yang mempunyai masa peribadi terbaik musim ini dengan 13.95s yang dilakukan pada Grand Prix Asia di Bangkok bulan lalu.

“Begitupun, saya harap dapat menebus kegagalan itu apabila beraksi di Vietnam minggu depan dan mahu membalas kepercayaan persatuan yang terus memberi peluang kepada saya untuk beraksi.

“Apa yang lebih penting, saya rasa ini adalah peluang terakhir saya untuk membuktikan kemampuan sama ada saya boleh layak ke Sukan Olimpik ataupun tidak.

“Namun, saya tidak mahu terlalu mengharap kerana segala kemungkinan oleh berlaku seperti mana insiden di Stadium Nasional minggu lalu.”

Untuk rekod, had kelayakan ke Sukan Olimpik bagi kategori B ialah 13.72s sementara tarikh tutup kelayakan bagi acara olahraga ialah pada 23 Julai ini.

Selain Rayzam, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) turun memberi peluang kepada Robani pada kejohanan itu dalam misi mencari tiket terakhir ke Sukan Olimpik.

Atlet lain yang bakal disenaraikan termasuklah Mohd. Faiz Mohamed, Zabidi Ghazali, Mohd. Zafril Zuslaini, Yap Jeng Tzan dan S. Mathialagan.

Setakat ini, KOAM telah mempunyai tiga wakil ke Sukan Olimpik iaitu Roslinda Samsu (lompat bergalah), Yuan Yufang (jalan kaki) dan Lee Hup Wei dalam acara lompat tinggi.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: