Omega Dan Olimpik Ibarat Lagu Dan Irama

Oleh FATEN SYAMIMIE ABDUL AZIZ

Dari kiri: pengurus Jenama Omega Malaysia, Joseph Boudville, Tay Liam Khoo, David Ponzo dan Sieh Kok Chi menekan butang bagi mengaktifkan menara jam Omega di KLCC baru-baru ini.

‘MASA itu emas’. Ini adalah antara petikan kata yang paling popular berkaitan dengan masa. Setiap saat begitu berharga untuk dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Apabila menyebut tentang masa, fikiran mula tertumpu kepada jam. Masa dan jam begitu berkait rapat antara satu sama lain dan boleh diklasifikasikan dalam banyak makna.

Setiap pasangan bercinta selalunya akan menghadiahkan seutas jam kepada pasangannya. Ia bertujuan agar pasangannya mengingatinya setiap masa, malah ada juga yang beranggapan agar pasangannya sentiasa menepati masa kerana masa tidak menunggu kita.

Baru-baru ini bertempat di Kuala Lumpur City Center (KLCC), pengeluar jam terkemuka, Omega telah melancarkan program mengira detik bermulanya Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pada pelancaran itu, sebuah menara jam Omega dua tingkat dibina bagi mengira detik bermulanya acara tersebut. Model reka bentuk menara jam itu sama dengan menara jam di Tiananmen Square, China.

Pengurus Swatch Group SEA, David Ponzo; Pengarah Eksekutif Sincere Fine Watches, Tay Liam Khoo dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi telah mengaktifkan menara jam tersebut sekali gus melancarkan program Sukan Olimpik Beijing 2008 Omega.

Di ruang legar itu juga, para tetamu berpeluang menyaksikan pameran Koleksi Olimpik Beijing Omega iaitu jam yang telah digunakan semasa Sukan Olimpik yang lalu serta replika jam kocek Omega iaitu jam pertama yang dihantar ke Olimpik Los Angeles pada tahun 1932.

Selain itu, koleksi itu mengandungi enam jam edisi terhad yang akan dilancarkan satu per satu pada hari-hari yang terpilih sempena Sukan Olimpik Beijing ini.

Edisi pertama iaitu Constellation , telah dilancarkan setahun sebelum pertandingan.

Kemudian, pada 25 Oktober tahun lalu, De Ville Co-Axial Chronograph edisi terhad telah dilancarkan menandakan 288 hari sebelum berlangsungnya perlawanan.

Lebih kurang 188 hari saja, Seamaster Aqua Terra edisi terhad akan dilancarkan di pasaran manakala dalam masa 88 hari, Omega memperkenalkan model Constellation Double Eagle Co-Axial Chronograph dan De Ville Prestige kepada dunia.

Koleksi keenam ataupun terakhir hanya akan diperkenalkan pada 8 Ogos ini sejajar dengan pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008 dan hanya boleh diperoleh di Beijing saja.

David menjelaskan ini merupakan kali ke-23 Omega menjadi penaja waktu rasmi bagi Sukan Olimpik dan berasa bangga kerana dapat berkhidmat dengan atlet-atlet terbaik dunia.

Tambahnya lagi, ini adalah satu tanggungjawab yang besar namun bagi pihak Omega, ia adalah satu kebanggaan dan bersedia untuk bekerjasama lagi di Sukan Olimpik Vancouver pada 2010 dan di Sukan Olimpik London pada 2012.

David menambah, pameran selama lima hari ini bukan sahaja meraikan kedatangan Beijing 2008 malah turut mempamerkan sejarah Omega dalam Sukan Olimpik.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: