China Buru Lebih 32 Pingat Emas Di Beijing

BEIJING – Selaku tuan rumah Sukan Olimpik 2008, China memburu lebih banyak pingat emas di Beijing bulan depan berbanding kutipan 32 emas yang dibawa pulang pada temasya di Athens empat tahun lalu.

Pada Olimpik Athens, China menamatkan saingan di tangga kedua keseluruhan di belakang Amerika Syarikat yang meraih 36 pingat emas.

Jurucakap kepada Menteri Sukan China, Zhang Haifeng berkata, berbekalkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, China mampu mengatasi pencapaian di Athens.

“Pada Olimpik Beijing ini, kami menyasarkan untuk berada setanding dengan negara-negara teratas.

“Kami akan melakukan yang terbaik di Beijing nanti bagi mencapai sasaran kami iaitu memperoleh lebih banyak pingat emas,” jelas Zhang.

Zhang turut berharap kontinjen China dapat membaiki kelemahan terutama dalam acara renang dan olahraga.

“Ia amat sukar untuk memastikan sasaran ini dapat dicapai kerana pesaing kami terlalu kuat.

“Bagaimanapun semua itu dapat direalisasikan jika atlet kami sentiasa menampilkan semangat kesukanan yang tinggi,” tambah Zhang. – Reuters

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: