Bas Dikawal Ketat Sempena Olimpik Beijing


ANGGOTA-ANGGOTA separa polis berikrar bagi memastikan keselamatan dalam satu latihan di luar Stadium Nasional, Beijing semalam.

BEIJING – China mengetatkan kawalan keselamatan ke atas bas-bas berikutan dua kematian dan 14 cedera akibat letupan bom di bandar raya Kunming, kata seorang pegawai kanan keselamatan semalam.

“Kami sudah mengambil beberapa langkah dan kami akan meningkatkan kawalan keselamatan. Saya harap semua penduduk dapat memberi sokongan kepada kami.

“Kami perlu mengetatkan langkah-langkah keselamatan di semua kawasan untuk keselamatan sistem perkhidmatan bas,” kata Pengarah Keselamatan Sukan Olimpik Beijing, Liu Shaowu.

Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang maklumat lanjut.

Setakat ini, siapa yang mendalangi serangan itu masih belum diketahui tetapi kawalan keselamatan diperketatkan menjelang Sukan Olimpik kerana kerajaan berulang-kali mengeluarkan amaran bahawa pengganas merancang menyerang temasya sukan tersebut di Beijing.

Kelmarin, Kementerian Luar China menyatakan bahawa pihak berkuasa masih belum menemui sebarang bukti berhubung kaitan antara temasya Sukan Olimpik pada 8 hingga 24 Ogos ini dengan kejadian letupan di Kunming. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: