Tamarine Diundang Sertai Olimpik

TAMARINE terima undangan untuk beraksi pada Sukan Olimpik Beijing.


BANGKOK – Bintang tenis Thailand, Tamarine Tanasugarn melahirkan rasa bangga selepas menerima undangan khas untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik Beijing bulan depan.

Pemilihan itu dibuat berikutan aksi cemerlang yang dipamerkan pemain itu pada Kejohanan Tenis Wimbledon baru-baru ini.

Tamarine, 31, yang telah beraksi sebanyak tiga kali pada temasya Olimpik sebelum ini, gagal mewakili negaranya ekoran kedudukan ranking yang kurang memberansangkan

Begitupun, setelah mempamerkan aksi cemerlang di Wimbledon awal bulan ini dengan mara ke suku akhir, kedudukannya melonjak dari tangga ke-60 ke kedudukan 38 dunia.

“Saya amat terkejut dan berterima kasih kerana memberi saya peluang ini. Ia merupakan satu penghormatan kepada saya dan keluarga.

“Apa pun, saya anggap kejohanan ini lebih sukar daripada Grand Slam. Ia lebih sukar namun saya akan lakukan yang terbaik,” ujar Tamarine.

Baru-baru ini, Persatuan Tenis Thailand (LTAT) menjelaskan bahawa mereka bakal mendapat undangan daripada Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) ekoran penarikan diri empat pemain dalam acara itu di Sukan Olimpik Beijing. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: