Atlet Dapat Suntikan Semangat Diraja


TUANKU MIZAN (kanan) menyerahkan bendera Malaysia kepada Koh Chye pada Istiadat Penyerahan Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik di Istana Negara semalam.

KONTINJEN negara semalam menerima suntikan semangat dalam pemburuan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Beijing bulan depan apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyerahkan Jalur Gemilang kepada pasukan Malaysia.

Pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu, Tuanku Mizan menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen negara, Datuk Ho Koh Chye pada majlis yang turut dihadiri oleh 22 atlet kebangsaan yang layak ke temasya sukan tersebut.

“Kontinjen Malaysia sangat bertuah kerana dalam dunia, jarang sekali ketua negara sanggup meluangkan masa untuk bertemu atlet terutama atlet yang akan bertanding pada Sukan Olimpik,” kata Koh Chye selepas majlis tersebut.


TUANKU MIZAN (kanan) diperkenalkan kepada atlet negara yang akan menyertai temasya Sukan Olimpik di Beijing bulan depan.

Ditanya apakan titah Tuanku Mizan ketika menyerahkan Jalur Gemilang kepadanya, Koh Chye berkata: “Tuanku bertitah, selamat berjaya.”

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada majlis itu berkata seramai 33 atlet dan 29 pegawai akan ke temasya di Beijing yang berlangsung pada 8 hingga 24 Ogos untuk bertanding dalam 29 acara melalui sembilan jenis sukan.

“Walaupun harapan meraih emas pertama Malaysia dalam sejarah temasya tersebut terletak pada sukan badminton, memanah dan lumba basikal, namun sukan lain yang turut layak ke Beijing juga berpotensi untuk menyumbang pingat,” katanya.

Penyertaan kontinjen negara pada Sukan Olimpik kali ini mencatat sejarah sebagai rombongan terbesar yang pernah dihantar ke temasya itu sejak menyertainya pada tahun 1956 di Melbourne.


TUANKU MIZAN bergambar bersama pegawai serta atlet yang akan menggalas cabaran Malaysia di Beijing.>

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: