Kecoh Beli Tiket Olimpik


SEORANG anggota polis menahan seorang lelaki ketika ribuan menunggu untuk membeli tiket dekat Stadium Olimpik, Beijing semalam.

BEIJING – Beribu-ribu peminat, sebahagian mereka sanggup berbaris selama dua hari untuk membeli tiket terakhir Sukan Olimpik Beijing pada Ogos ini, menyerbu pusat jualan tiket di Beijing semalam.

Keadaan juga bertambah kecoh apabila berlakunya tolak-menolak sehingga ada yang terjatuh malah besi penghalang juga bengkok apabila ribuan peminat berebut-rebut mendapatkan tiket dekat Stadium Olimpik, Beijing.

Beberapa saksi berkata, pergelutan juga tercetus apabila para pegawai membuka kaunter tambahan pada saat-saat akhir menyebabkan beberapa peminat menyerbu untuk membeli sejumlah 250,000 tiket untuk pelbagai acara.

“Ini sungguh tidak adil,” kata seorang ahli perniagaan, Ji Liqiang yang menunggu selama 28 jam bersama rakannya, Wang Zhenqiang bagi membeli tiket untuk acara terjun.

“Mereka yang datang lewat berjaya menyerbu ke depan dan berjaya membeli tiket,” ujarnya hampa.

Zhenqiang berkata, dia berasa takut kerana keadaan sangat berbahaya dan dia juga melihat ramai orang cedera selepas terjatuh akibat ditolak.

Agensi berita Xinhua melaporkan sebanyak 30,000 orang berbaris untuk mendapatkan tiket dan suhu meningkat 34 darjah Celsius.

Polis kemudian mengambil tindakan segera dengan menghadkan beberapa kawasan sebagai usaha mententeramkan keadaan. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: