Messi Dijangka Tampil Di Beijing

BEIJING (China): Peminat bola sepak pasti tidak ingin terlepas peluang mengikuti pesta antarabangsa terbesar yang bakal menampilkan bintang-bintang dunia, termasuk Lionel Messi, yang dijangka tampil di Sukan Olimpik Beijing.

Messi dari Argentina yang baru merayakan hari lahir ke-21 bulan lalu sudah pun membuktikan dirinya sebagai antara bintang bola sepak dunia.

‘Saya telah pun menyaksikan pemain yang bakal mengisi kedudukan saya dalam bola sepak Argentina dan namanya ialah Messi,’ kata legenda bola sepak Argentina dan kapten Piala Dunia 1986, Diego Maradona.

Messi menyertai kelab Newell Old Boys pada usia tujuh tahun.

Namun, beliau didapati menghidap masalah kekurangan vitamin dalam hormonnya pada usia 11 tahun dan keluarganya memutuskan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Sepanyol. Beliau menyertai Barcelona sebagai pemain muda.

Pada 2004, beliau mencatatkan sejarah sebagai pemain termuda kelab tersebut mewakili Barcelona menentang Sepanyol.

Pada 2005, beliau tampil mewakili Argentina menentang Hungary, tetapi dilayangkan kad merah.

Beliau mengetuai Argentina menjuarai Piala Dunia Bawah 20 Tahun di samping memenangi anugerah Bola Emas dan But Emas.

Ketika berusia 20 tahun, Messi menduduki tangga kedua Pemain Terbaik Dunia Fifa 2007.

Pemain muda yang diberi gelaran ‘Maradona Baru’ itu kini memikul tugas mempertahan pingat emas Olimpoik yang dimenangi empat tahun lalu.

‘Saya tidak akan dapat bermain dalam Sukan Olimpik lagi, kerana itu saya cukup terangsang untuk menyambut peluang keemasan ini,’ katanya.

‘Tidak syak lagi saya akan ke Beijing. Saya benar-benar menanti penuh ghairah untuk dipilih,’ katanya, walaupun Barcelona inginkan beliau bermain dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara yang akan bermula 12 Ogos. — Xinhua.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: