Khalmizan Anggap Diri Bertuah


KHALMIZAN (dua dari kiri), Chu Sian (kiri) dan Marbawi (kanan) jadi taruhan negara untuk menyumbangkan pingat pada Sukan Olimpik Beijing.

PEMANAH muda negara, Wan Khalmizan Wan Abdul Aziz mengakui, dirinya cukup bertuah apabila membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik di Beijing bulan depan.

Sekalipun kali pertama membuat penampilan pada temasya Olimpik, Khalmizam tetap ghairah dalam memburu kejayaan di pentas berprestij itu.

“Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi pada Sukan Olimpik Beijing.

“Ia merupakan satu pengalaman baru bagi saya kerana ini merupakan kali pertama saya beraksi pada Sukan Olimpik.

“Bagaimanapun, saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal dan akan melakukan yang terbaik pada Sukan Olimpik di Beijing,” jelas Khalmizan kepada Kosmo! semalam.

Khalmizan kini giat berlatih di bawah kendalian ketua jurulatih memanah negara, Lee Jae-hyung sebagai persiapan terakhirnya menghadapi temasya di Beijing

“Sejak beberapa bulan lalu, latihan yang diberi lebih kepada membetulkan teknik-teknik memanah selain memantapkan lagi kemahiran memanah saya.

“Latihan ini amat penting untuk saya bagi memantapkan skil saya sebelum menghadapi Sukan Olimpik,” tambah Khalmizan yang menjangkakan saingan sengit daripada pemanah Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Pada temasya di Beijing, Khalmizan akan beraksi dalam acara recurve berpasukan dan akan bergandingan bersama dua pemanah berpengalaman, Muhammad Marbawi Sulaiman serta Cheng Chu Sian.

Trio ini mula mencuri tumpuan apabila memenangi pingat perak pada Kejohanan Memanah Dunia di Antalya, Turki beberapa minggu lalu dengan mengalahkan pasukan handalan dunia termasuk Belanda, Turki dan China.

Prestasi trio negara ini mula meningkat naik berdasarkan keupayaan mereka memenangi pingat perak dalam acara ujian Olimpik di Beijing dan juga Kejohanan Asia, di Xian, China tahun lepas, sekali gus meletak mereka di ranking keempat dunia menjelang temasya di Beijing nanti.

“Saya dipilih mungkin disebabkan prestasi saya yang baik tahun ini. Saya hanya harap dapat beraksi dengan cemerlang dan sebagai atlet yang mewakili negara, saya mempunyai tanggungjawab di Beijing nanti,” kata Khalmizan.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: