Mun Yee Semakin Matang

Oleh NORAINI MOHAMED ALI sukan@kosmo.com.my

MUN YEE (kiri) dan Elizabeth Jimie sedia menggalas cabaran negara dalam acara terjun pada temasya Sukan Olimpik Beijing.

PENAMPILAN ketiga pada temasya Sukan Olimpik jelas mematangkan ratu terjun negara, Leong Mun Yee.

Sekalipun gagal menyumbang pingat pada temasya Olimpik 2000 di Sydney dan Olimpik 2004 di Athens, Mun Yee tetap menyimpan hajat untuk menampilkan aksi terbaik di Beijing bulan depan.

“Pada temasya Olimpik kali ini, harapan saya adalah supaya saya dapat beraksi dengan cemerlang, sekali gus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia di Beijing nanti,” kata Mun Yee kepada Kosmo! semalam.

Mun Yee mengakui, kegagalannya pada dua temasya Olimpik terdahulu telah mematangkan dirinya.

“Ini merupakan Olimpik yang ketiga bagi saya. Saya sedar pada Sukan Olimpik itu nanti, bukan mudah untuk saya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

“Ini kerana saya terpaksa bersaing dengan penerjun yang lebih handal daripada saya terutamanya dari China.

“Saya anggap atlet China merupakan pilihan dalam acara terjun ini.

“Bagaimanapun, saya tidak sedikitpun rasa tertekan, malah saya rasa lebih bersemangat untuk beraksi di Beijing,” jelas Mun Yee yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas selesai menjalani latihan di Kunming, China minggu lepas.

Tambah Mun Yee, berbekalkan latihan yang diterimanya di China, ia akan menjadi menjadi pembakar semangat untuknya beraksi lebih cemerlang di Beijing nanti.

“Latihan itu penting bagi saya sebagai satu langkah persediaan mental dan fizikal sebelum saya beraksi di Beijing.

“Saya begitu bersemangat bagi menghadapi Sukan Olimpik itu nanti,” kata Mun Yee.

Kosmo

One Response to “Mun Yee Semakin Matang”

  1. kalvindran Says:

    in oder to get something,you need to fight & get it because nothing will just simply fall from the sky & come to your lap & nobody will give it to you for free…why!!!because this is how things work…why!!!because this is how world moves…why!!!because this is the law of nature…why!!!because world is cruel & life is cruel…once you fail to get something it does’t mean that you will lose forever…just keep on trying…try…try…try…try…try…try…& try again….just keep on focus…dive for malaysia & dive for glory…cute divers…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: