Perkampungan Sukan Olimpik Dibuka


YAO MING (kanan) merupakan antara atlet pertama China yang mendaftar di perkampungan Sukan Olimpik di Beijing semalam.

BEIJING – Tuan rumah Sukan Olimpik Beijing, China muncul kontinjen pertama yang mendaftar di perkampungan Sukan Olimpik apabila ia mula dibuka pagi semalam.

Bintang bola keranjang, Yao Ming yang mana katilnya di perkampungan itu akan dilelong selepas berakhir temasya tersebut adalah antara rombongan atlet yang diberikan sambutan oleh Datuk Bandar perkampungan itu, Chen Zili.

Dengan lelaki berjaket merah dan wanitanya berpakaian kuning terang, atlet dan pegawai dari China yang terdiri daripada 10 acara sukan iaitu gusti, judo, acara trek dan padang, gimnastik, bola keranjang lelaki, hoki padang, angkat berat, renang dan badminton adalah kumpulan pertama yang memenuhi kemudahan di perkampungan itu yang menjadi tempat penginapan kepada lebih 10,000 atlet bermula 9 Ogos hingga 24 Ogos ini.

China menurunkan 639 atlet iaitu jumlah terbesar yang akan mengambil bahagian dalam kesemua 28 acara sukan. Keseluruhan kontinjen negara itu mengandungi 1,099 orang termasuk jurulatih dan pegawai.

Selain Beijing, lima bandar raya lain di tanah besar China itu termasuk Qingdao, Qinhuangdao, Tianjin, Shanghai dan Shenyang akan menjadi hos bersama bagi acara bola sepak dan kapal layar manakala Hong Kong bagi acara ekuestrian.

– Bernama

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: