Barcelona Enggan Lepaskan Messi

MENJELANG SUKAN OLIMPIK BEIJING
Barcelona enggan lepaskan Messi

BARCELONA (Sepanyol): Kelab Barcelona telah mengetepikan kenyataan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang menggesa kelab-kelab supaya membenarkan para pemain bawah 23 tahun beraksi dalam Sukan Olimpik Beijing.

Sebaliknya, Barcelona menegaskan mereka tidak akan menarik balik keputusannya untuk menghalang pemain berbakat, Lionel Messi, daripada menyertai sukan tersebut.

Presiden Fifa, Sepp Blatter, telah mengirimkan surat pada Rabu lalu sambil mengingatkan anggota-anggota kerabatnya supaya membenarkan para pemain bawah 23 tahun masing-masing menyertai Sukan Olimpik Beijing.

Bagaimanapun seorang jurucakap Barcelona berkata pihaknya akan terus menggunakan khidmat Messi untuk menghadapi perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, yang juga berlangsung pada bulan depan.

Menurutnya lagi, Barcelona masih menunggu jawapan yang lebih jelas daripada Fifa mengenai kedudukan Messi.

Pemain Argentina itu telah berulang kali melahirkan hasratnya untuk membantu pasukan negaranya mempertahankan keunggulannya dalam acara bola sepak Sukan Olimpik.

Tetapi Barcelona memerlukan tenaga Messi untuk menghadapi cabaran kelayakan Piala Liga Juara-Juara Eropah.

Acara bola sepak Sukan Olimpik akan bermula pada 6 Ogos dengan finalnya pada 23 Ogos tetapi perlawanan pertama pusingan awal Liga Juara-Juara Eropah bermula pada 12 dan 13 Ogos.

Kelab Barcelona menarik perhatian bahawa mereka telah mendapat sokongan daripada Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol yang memaklumkan bahawa kelab-kelab tidak tertakluk kepada sebarang arahan untuk melepaskan pemain tersebut ke Sukan Olimpik.

Mereka juga mendakwa Persatuan Kelab-Kelab Eropah dan presidennya, Karl-Heinz Rummenigge dari Jerman, juga mempunyai pandangan yang serupa.

Messi kini sedang mengikuti latihan skuad Barcelona di Scotland yang akan berakhir pada 26 Julai ini.

Pasukan itu akan menentang Hibernian pada 24 Julai dan kemudian Dundee United, dua hari kemudian.

Beberapa kelab Jerman juga menghadapi masalah yang serupa terutama sekali Werder Bremen.

Diego, pemainnya dari Brazil, telah menyertai skuad negaranya sekalipun terdapat bantahan daripada kelabnya\. \– AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: