Lebih 2,000 Restoran Halal Disediakan Bagi Atlit, Pelawat

MENJELANG SUKAN OLIMPIK BEIJING
Lebih 2,000 restoran halal disediakan bagi atlit, pelawat

BEIJING: Lebih 2,000 restoran dan kedai makanan Islam akan dibuka sepanjang Sukan Olimpik Beijing yang bermula bulan depan, khusus untuk para atlit, pengunjung dan wakil media.

Pihak bandar raya ini telah memperuntukkan 32 juta yuan ($6.3 juta) untuk membuka restoran halal dan meningkatkan perniagaan katering masyarakat Islam.

Demikian menurut agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan seorang pegawai bandar raya ini.

Cawangan makanan Islam juga terdapat di lapangan terbang bandar raya Beijing dan stesen kereta api Barat Beijing.

Agensi berita Xinhua berkata kira-kira 10,000 atlit, jurulatih dan pelancong beragama Islam dijangka melawat kuaters Islam di Niujie Street di mana terdapat masjid paling tua di bandar raya ini.

Menurut laporan itu lagi, sebanyak 12 daripada 70 buah masjid telah dipilih untuk menjadi pusat utama untuk mengalu-alukan pelawat Islam yang turut diletakkan tanda dalam Bahasa Arab.

Perkampungan sukan turut mempunyai kemudahan makanan Islam dan tempat untuk aktiviti agama bagi para atlit dan pegawai sukan.

China mempunyai kira-kira 20 juta penduduk beragama Islam yang majoritinya terdapat di barat laut wilayah autonomi Xinjiang dan Ningxia.

Sementara itu, media setempat semalam melaporkan 22 pegawai penyelamat yang membantu mangsa gempa bumi besar di wilayah Sichuan telah dipilih sebagai pemegang obor semasa acara larian itu diadakan di wilayah Henan semalam.

‘Para pegawai penyelamat telah dinamakan sebagai pemegang obor kerana keberanian mereka dalam menjalankan kerja-keja menyelamat selepas gempa bumi,’ lapor Xinhua.

Selepas melalui bandar Zhengzhou, Kaifeng, Luoyang dan Anyang di wilayah Henan, obor itu kemudian akan dibawa ke wilayah Sichuan pada 3 Ogos. — Bernama, AP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: