Pemain Mampu Bawa Pulang Pingat Emas Olimpik – Presiden BAM

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Mohd. Salleh yakin harapan meraih pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Beijing, yang akan membuka tirainya 10 hari lagi, akan dapat direalisasikan oleh skuad badminton negara.

“Kami mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pingat emas kali ini, kami mempunyai pemain yang bagus jika mereka bermain bersungguh-sungguh dan mengendalikan permainan dengan baik dalam pertandingan kali ini, tiada alasan mereka tidak boleh mendapatkan emas.

“Kami perlu berhati-hati dan kami tidak mahu memberi tekanan kepada pemain-pemain kami. Mereka sudah cukup tertekan. Apa yang penting adalah mereka yakin diri. Bagi Sukan Olimpik, mereka perlu berusaha lebih gigih. Mereka juga perlu mendorong diri sepenuhnya,” kata Nadzmi.

Beliau berkata, Sukan Olimpik adalah sukan berprestij dan terpenting bagi semua atlet seluruh dunia dan pastinya mereka mahu menempa kejayaan di sana.

Terdahulu, Nadzmi menghadiri majlis perasmian kain rentang sokongan moral 100Plus dan rakyat Malaysia kepada skuad badminton negara yang akan membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, semalam.

Katanya para pemain sudahpun bersiap sedia dari segi latihan fizikal dan juga mental untuk menghadapi saingan Sukan Olimpik.

“Kita melihat skuad badminton negara adalah antara yang ternama di dunia.

Sudah tentulah harapan kita adalah untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik.

“Umpamanya, Chong Wei pernah mengalahkan Lin Dan di Piala Thomas. Jadi, kalaulah dapat mengulangi prestasi seperti itu, sudah tentunya kita ada harapan untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik,” kata Nadzmi.

Skuad badminton negara terdiri daripada Lee Chong Wei dan Wong Choon Hann (perseorangan lelaki), Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Lee Wan Wah dan Choong Tan Fook (beregu lelaki), Wong Mew Choo (perseorangan wanita) serta Wong Pei Tty dan Chin Ee Hui (beregu wanita).

Mereka akan berangkat ke Beijing pada 5 Ogos ini.

– Bernama

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: