Brazil Tekad Bermain Untuk Menang

Ronaldinho dilantik jadi kapten tetapi posisi tidak dinyatakan

OlehZainal Jamari

USAH menjangkakan Brazil akan menganggap mudah perlawanan malam ini.

Walaupun ia satu perlawanan persahabatan dan persiapan untuk mereka ke Sukan Olimpik Beijing bulan depan, mentaliti Dunga dan anak didiknya satu sahaja iaitu untuk menang.

Lantas, skuad Pilihan Singapura harus bersedia menangani corak permainan gergasi bola sepak dunia itu di Stadium Nasional malam ini.

Daripada sesi latihan mereka, Brazil nampaknya akan bermain dengan hantaran-hantaran dekat dan pantas.

Meskipun sebahagian besar skuad Brazil terdiri daripada pemain muda – di bawah 23 tahun – mereka memiliki banyak kelebihan dan kebanyakan mereka bermain untuk kelab-kelab terkemuka dunia, seperti Ronaldinho, yang baru meninggalkan Barcelona untuk menyertai AC Milan pada musim ini.

Mereka juga mempunyai bintang midfield Manchester United, Anderson.

Walaupun sesetengah daripada mereka tidak begitu dikenali di rantau ini, mereka tetap mewakili kelab-kelab terkenal.

Mereka ada penyerang Manchester City yang tinggi lampai, Jo, penyerang AC Milan, Alexandre Pato, dan pemain midfield Liverpool, Lucas.

Dalam sidang akhbar semalam, Dunga memberi amaran kepada anak didik Radojko Avramovic bahawa mereka akan bermain untuk menang.

Menjawab soalan sama ada Brazil mungkin tidak akan bermain bersungguh-sungguh untuk mengelakkan kecederaan, Dunga, dengan tegas, berkata: ‘Kami bermain untuk menang dalam apa pun perlawanan.

‘Kami akan melakukan apa yang telah kami jalani semasa latihan.’

Dunga juga akan menayangkan video mengenai Singapura kepada para pemainnya.

‘Mereka harus tahu ciri-ciri permainan Singapura, para pemain mereka dan siapa yang harus diperhatikan.’

Mengenai posisi Ronaldinho, Dunga berkata Pemain Terbaik Fifa sebanyak dua kali itu akan menjadi kapten. Tetapi posisinya bergantung pada keadaan dan di mana beliau paling selesa.

‘Kadangkala seseorang pemain itu terpaksa bermain di posisi asing kerana keadaan-keadaan tertentu. Semuanya bergantung pada keadaan perlawanan.’

Menurut Dunga, siapa yang akan bermain juga bergantung pada persembahan dalam latihan dan tahap kesediaan mereka.

Mengenai Sukan Olimpik, beliau berkata adalah penting bermain dengan baik dan keputusan yang sewajarnya akan menyusul.

‘Lebih sukar menghadapi Sukan Olimpik berbanding dengan Piala Dunia kerana anda hanya mempunyai 15 hari untuk membuat persiapan,’ tambah Dunga.

‘Ramai pemain juga mungkin telah lama tidak bermain kerana ia di luar musim.

‘Untuk Piala Dunia, anda mempunyai empat tahun untuk bersiap.’

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: