Gunakan Ronaldinho Rebut Emas

Dunga arah skuad bantu bintang selain main sebagai pasukan

OlehMohd Sani Ali

TIDAK ada yang mustahil dicapai dalam Sukan Olimpik Beijing jika semua pemain memberi yang terdaya dan bermain sebagai sebuah pasukan.

Inilah pandangan jurulatih Brazil, Carlos Dunga, ketika mengulas mengenai matlamat skuad mudanya yang menggunakan Ronaldinho, 28 tahun, untuk membantu mereka merebut pingat emas Olimpik bulan depan.

‘Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu bergantung pada ketangkasan dan pengalaman Ronaldinho semata-mata,’ kata Dunga menerusi jurubahasa merujuk kepada pemain AC Milan itu.

‘Semua pemain harus membantu Ronaldinho dan mengurangkan tekanan yang pasti dihadapinya di Beijing nanti.

‘Beliau pemain terbaik dan semua pemain lawan menyedari kemampuannya. Tentunya ramai menjangkakan beliau harus melakukan sesuatu untuk Brazil tetapi Brazil harus bermain sebagai sebuah pasukan bukan individu.’

Dunga, yang pernah menyumbang pingat perak untuk Brazil dalam Sukan Olimpik Los Angeles 1984, menekankan bahawa semua pemain perlu memainkan peranan dengan berkesan.

Namun, beliau tidak menafikan ketiadaan beberapa pemain yang mahu menyertai skuad ke Beijing tetapi tidak dilepaskan oleh kelab masing-masing cukup mengecewakannya.

‘Tetapi kami tidak harus memikirkan sangat isu itu kerana kami tidak dapat berbuat apa-apa walaupun terdapat arahan terbaru daripada presiden Fifa (Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa) mengenai isu tersebut.’

‘Kami harus melakukan yang terbaik dan mempersiapkan diri dengan apa yang kami ada ketika ini.’

Menurut bekas kapten pasukan Brazil itu, skuad yang dikumpulkan ketika ini tetap terdiri daripada barisan pemain terbaik dan mereka begitu bersemangat mewakili negara itu dalam Sukan Olimpik Beijing,’ kata Dunga dengan nada lega.

Menurut jurulatih nasional Brazil itu lagi, sikap yang ditunjukkan para pemain ketika diundang mewakili negara bagi setiap tugas juga adalah amat penting.

‘Andainya mereka diundang tetapi tidak menunjukkan sikap positif dan sekadar menghadirkan diri, ini bakal membawa padah bagi seluruh pasukan,’ katanya.

Oleh itu, Dunga cukup gembira apabila melihat suasana dalam khemah latihan pasukannya begitu mesra dan semangat para pemain cukup tinggi sebaik sahaja mereka dikumpulkan dan berlatih bersama di sini.

‘Ia suatu petanda yang cukup baik apabila menyaksikan para pemain sudah mula bergaul mesra dan melakukan latihan secara bersungguh-sungguh.

‘Ini suatu tanda positif,’ katanya lagi.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: