Pato Berazam Ukir Nama Sebagai Penyerang Terbaru

NAMA Alexandro Pato bukan sebaris Ronaldo. Namun, penyerang berusia 18 tahun itu pernah dibandingkan dengan Kaka.

Yang jelas, dalam Sukan Olimpik Beijing, Pato berazam mengukir nama sebagai penyerang terbaru apabila tampil buat julung-julung kali di pentas antarabangsa.

Uniknya, gelaran ‘Pato’, yang diberikan oleh rakan-rakannya, bererti ‘itek’ dan ia berasal dari pekan tempat kelahirannya di Pato Branco.

Pato mula tampil ketika berusia 17 tahun sewaktu mewakili Internacional menentang Palmeiras di Brazil.

Beliau menyumbat gol kurang dua minit beraksi buat kali pertama dalam bola sepak profesional dan menjadi penggerak dua lagi gol ketika membantu pasukannya menang 4-1.

Dalam perlawanan antarabangsa ketika berdepan Sweden 16 bulan berikutnya, Pato hanya memerlukan 10 minit untuk menjaring gol kemenangan sebaik diturunkan sebagai pemain gantian.

Beliau jelas kelihatan tidak kekok dengan suasana pertandingan.

Pato dikatakan memiliki semangat yang membara untuk menembusi kubu lawan, mata bagai helang untuk menyambar peluang menjaring gol dan tenang ketika menyudahkan peluang yang tersaji.

Namun, Pato belum lagi meninggalkan sebarang kesan ke atas perlawanan yang besar di gelanggang kejohanan yang lebih berprestij.

Jurulatih Brazil, Carlos Dunga, juga belum lagi menaruh keyakinan memberikan tanggungjawab lebih berat kepada pemain mudanya itu.

Namun, mungkin kehadiran Pato kali ini di Beijing bakal membawa sinaran emas yang dinanti-nanti Brazil!

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: