Penganjur Olimpik Tarik Nafas Lega


LATIHAN pertunjukan bunga api sempena Sukan Olimpik diadakan di Stadium National, Beijing semalam.

BEIJING – Penganjur Sukan Olimpik mungkin menarik nafas lega semalam selepas hujan dan angin membersihkan jerebu yang melanda Beijing, lapor sebuah akhbar semalam.

Hujan yang berlaku pada malam kelmarin membantu menyejukkan suhu dan mengurangkan kebanyakan debu di ibu kota China itu.

Beberapa pegawai di Beijing menafikan jerebu merupakan satu ancaman pencemaran ketika mereka turut mengumumkan langkah-langkah kecemasan jika pencemaran udara adalah buruk.

Sukan Olimpik Beijing akan bermula pada Jumaat ini.

Data-data di Biro Perlindungan Alam Sekitar Beijing menunjukkan bahawa tiga bahan pencemar yang digunakan untuk indeks pencemaran didapati menurun pada Khamis lalu dan sekali lagi kelmarin.

Habuk-habuk kecil dari kenderaan, kilang dan loji tenaga berada dalam peringkat baik di semua 27 stesen pengukur selepas ia melebihi tahap baik sejak beberapa hari lalu. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: