Peraturan Baru Protes Di Olimpik


SEJUMLAH penari mengambil bahagian dalam persembahan menjelang Sukan Olimpik di Beijing semalam.

BEIJING – Penduduk China dan warga asing yang berhasrat untuk mengadakan tunjuk perasaan ketika Sukan Olimpik Beijing berlangsung perlu mengemukakan permohonan lima hari sebelum protes diadakan bagi mengelak mengganggu kepentingan awam, kata seorang pegawai keselamatan.

China yang sebelum ini dikritik kerana tidak mengendahkan bantahan menjelang Sukan Olimpik mengumumkan bahawa tiga taman di Beijing boleh digunakan sebagai lokasi protes.

Pengkritik-pengkritik yang kerap mengkritik China berhubung isu di Tibet, hubungan dengan Sudan dan larangan terhadap media mendesak supaya sukan itu dijadikan satu platform untuk menyuarakan bantahan mereka.

Bagaimanapun, Ketua Keselamatan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Shaowu mengumumkan peraturan baru itu dalam laman web sukan tersebut kelmarin.

Menurutnya, pemohon yang ingin mengadakan bantahan mesti menyerahkan sendiri permohonan secara bertulis kepada pihak berkuasa lima hari sebelum tunjuk perasaan diadakan.

“Berhimpun untuk berarak dan protes adalah hak setiap rakyat tetapi setiap warga perlu menghormati kebebasan dan hak orang lain,” katanya. – Reuters

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: