Amaran Marta


BEIJING: Brazil dan Pemain Terbaik Wanita Dunia, Marta berdepan peluang awal membalas dendam kekalahan kepada Jerman dalam final Piala Dunia tahun lalu apabila kedua-dua pasukan berentap pada hari pembuka tirai acara bola sepak Sukan Olimpik Beijing, esok.

Pemenang pingat emas di Athens empat tahun lalu, Amerika Syarikat turut berdepan tugas getir apabila berdepan Norway, dua hari sebelum upacara pembukaan rasmi Olimpik Beijing.

Jerman menewaskan Brazil, 2-0 pada final Piala Dunia tahun lalu yang turut diadakan di China apabila Marta terlepas sepakan penalti selain skuad Amerika Selatan itu mensia-siakan beberapa tendangan.

Kedua-dua pasukan diundi membarisi Kumpulan F, yang turut menampilkan Korea Selatan dan Nigeria, serta akan berdepan antara satu sama lain di Shenyang.

Brazil turut tewas di final Olimpik 2004 dan Marta yakin, mereka mampu mengatasi pencapaian itu di Beijing.

“Pasukan kini lebih mantap dan psikologi kami kian baik untuk beraksi di final,” katanya kepada Reuters.

“Saya lebih mengutamakan nilai untuk memenangi perlawanan peringkat kumpulan berbanding merangkul anugerah individu,” katanya. – Reuters

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: