‘Lepaskan Mereka’


BEIJING: Jika kelab gergasi bola sepak Eropah memenangi kes mahkamah melarang pemain mereka beraksi di Sukan Olimpik Beijing, Presiden Fifa, Sepp Blatter tetap mahukan mereka menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.

Dengan berbaki tiga hari sebelum acara bola sepak lelaki dimulakan, Blatter, semalam, mengatakan bahawa pemain Argentina, Lionel Messi dan dua pemain Brazil, Rafinha serta Diego sepatutnya mewakili negara masing-masing tanpa menghiraukan apa jua keputusan Mahkamah Pengadilan Sukan (CAS).

Selepas Fifa menetapkan pemain perlu diberi pelepasan ke Olimpik, kebanyakkan kelab merayu kepada CAS. Keputusannya akan diumumkan esok, sehari sebelum acara lelaki bermula.

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing pula akan berlangsung pada Jumaat ini.

Acara bola sepak lelaki di Olimpik hanya untuk pemain di bawah 23 tahun dengan pengecualian tiga pemain lebih senior. Namun, FC Barcelona (Messi), Werder Bremen (Diego) dan Schalke (Rafina) mengadu bahawa mereka enggan kehilangan pemain bagi perlawanan pembukaan musim 2008/2009.

“Saya harap walaupun keputusan itu menentang pemain dan memihak kepada kelab, biarkanlah mereka beraksi. Itu saja yang saya minta,” kata Blatter.

Barcelona dan Schalke dijadualkan tampil dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara ketika Olimpik berlangsung dan mereka berisiko kehilangan jutaan euro jika gagal ke peringkat kumpulan. – AP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: