Mahkamah Timbang Tara Sukan Tiada Kuasa

LAUSANNE (Switzerland): Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menegaskan mereka tidak punya kuasa untuk membuat sebarang keputusan melibatkan kes pemain yang dilepaskan bagi menyertai Sukan Olimpik.

Beberapa kelab kini menghadapi hubungan tegang dengan negara yang terlibat dengan Olimpik apabila mereka wajib membenarkan pemain yang layak untuk menyertai sukan berprestij itu.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan CAS, mahkamah itu menekankan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengadili kes yang melibatkan Schalke 04 dan Werder Bremen kerana ia berada di luar bidang kuasa mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan CAS berbunyi: ‘CAS telah menimbangkan bahawa tidak terdapat kaitan persetujuan timbang tara antara kedua-dua pihak untuk mendengar kes tersebut.

‘Kelab-kelab Jerman itu telah pun membentangkan bahawa kuasa timbang tara CAS adalah berdasarkan Piagam Olimpik.

‘Bagaimanapun, CAS turut menekankan bahawa Piagam tersebut tidak melibatkan langsung kelab-kelab bola sepak profesional.’

Dua kelab Jerman itu telah meminta para pemainnya – Rafinha dari Schalke 04 dan Diego dari Werder Bremen – diputuskan tidak layak menyertai Sukan Olimpik kerana kedua-dua mereka tidak dilepaskan oleh kelab masing-masing.

Bintang penyerang Barcelona, Lionel Messi, juga turut terlibat dengan ketegangan antara kelab dengan negara apabila beliau dipilih oleh Argentina untuk bermain di Sukan Olimpik Beijing mulai 8 hingga 24 Ogos ini.

Kelmarin, hakim CAS dari Tunisia, Slim Aloulou, yang bertindak mengurus Jawatankuasa Status Pemain Fifa, memutuskan pelepasan pemain berusia bawah 23 tahun adalah wajib bagi setiap kelab.

Pihak badan induk bola sepak dunia itu menekankan pemain harus diberi peluang untuk tampil dalam Sukan Olimpik.

‘Menyertai Sukan Olimpik merupakan peluang unik untuk setiap ahli sukan tidak kira daripada bidang apa yang disertai mereka,’ demikian kata satu kenyataan Fifa.

‘Tiada alasan untuk menyekat sebarang pemain berusia bawah 23 tahun daripada menyertai acara berprestij itu dan mewakili pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Olimpik.’ – AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: