Pemain Badminton Jalani Ujian Dadah Perangsang

OlehMohd Sani Ali

BEBERAPA pemain badminton nasional yang akan beraksi di Sukan Olimpik Beijing bulan depan telah pun menjalani ujian dadah.

Ini dinyatakan oleh ketua bahagian perubatan Majlis Sukan Singapura (SSC), Dr Teh Kong Chuan, ketika mengulas mengenai peningkatan ujian yang dilakukan menjelang pembukaan sukan berprestij itu bulan depan.

Menurut Dr Teh, pihaknya difahamkan bahawa beberapa pemain badminton telah menjalani ujian dadah tetapi beliau tidak menyatakan siapakah pemain itu dan bila ujian itu dijalankan.

‘Saya difahamkan mereka menjalani ujian tersebut dan saya yakin tiada atlit negara terlibat dengan penggunaan dadah perangsang,’ jelas Dr Teh ketika ditemui.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) bersama Agensi Antidadah Dunia (Wada) akan meningkatkan usaha memerangi dadah di Beijing.

Justeru jumlah ujian dadah digandakan, terutama di luar jadual pertandingan di mana para atlit yang akan tampil di Beijing bulan depan akan dikenakan ujian secara rambang, baik di negara mereka mahupun di tempat latihan di luar negara.

Kerana itu, sebagai syarat utama, setiap atlit dimestikan memberi alamat penuh tempat kediaman atau tempat latihan.

‘Mereka (pasukan antidadah) akan mengadakan ujian tanpa mengadakan sebarang temu janji. Mereka akan berada di pintu rumah atau tempat latihan atlit pada bila-bila masa,’ jelas Dr Teh sebagai langkah mengelakkan daripada sebarang usaha menipu.

Dr Teh, yang terlibat dengan perubatan sukan sejak 30 tahun lalu, juga sedar terdapat penggunaan dadah jangka singkat dan tidak dapat dikesan selepas enam jam.

‘Kerana itu, ujian di luar masa pertandingan ini merupakan langkah positif. Lazimnya ujian rambang hanya dilakukan selepas para peserta selesai melalui acara pertandingan masing-masing,’ katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Agensi Antidadah China (Cada) juga turut memperkenalkan kaedah terkini dalam usaha memantau penggunaan hormon pertumbuhan manusia (HGH) yang sukar dikesan.

Sebanyak 4,500 ujian, termasuk 900 ujian darah, dijalankan mulai 27 Julai hingga akhir Sukan Olimpik. Jumlah ini menjanjikan pertambahan 25 peratus berbanding ujian yang dijalankan di Sukan Olimpoik Athens 2004.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: