Perarakan Kontinjen Tidak Ikut Abjad

OlehMohd Sani Ali

TIDAK seperti pada upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik yang lalu, perbarisan lalu kontinjen negara peserta di Olimpik Beijing yang akan dirasmikan pada 8 Ogos ini, tidak mengikut abjad A B C.

Andainya pasukan Afghanistan sering terlebih dahulu muncul mengetuai perbarisan masuk ke stadium utama di mana upacara pembukaan dijalankan, kini negara tersebut menduduki urutan ke-110.

Sebaliknya, kontinjen Greece akan berjalan masuk ke stadium sebagai kontijen yang pertama, mendahului 204 negara peserta dengan Australia pula berada ditempat ke-202 di Stadium ‘Sarang Burung’ Beijing.

Ini telah dinyatakan oleh pegawai Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Terence Ng, yang kini mengendali ibu pejabat SNOC di Beijing.

Menurut Ng, perubahan ini berlaku kerana Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) mengambil keputusan perbarisan lalu acara pembukaan itu didasarkan kepada abjad garisan huruf Cina.

Justeru kontijen negara yang akan diketuai oleh Li Jiawei, pemain tenis meja dan selaku pembawa bendera, hanya akan muncul pada urutan ke-188.

Ng turut memberikan senarai acara baris lalu itu dengan kontinjen Greece itu diikuti oleh Guinea, Guinea-Bissau, Turkey, Turkmenistan, Yemen, Maldives, Malta, Madagascar dan Malaysia berada dalam 10 kelompak utama.

Bagaimanapun, seperti lazimnya dalam setiap Sukan Olimpik, selaku tuan rumah, kontinjen China akan tampil diurutan yang terakhir.

Sementara itu, para ahli sukan Canada yang sedang mengadakan khemah latihan di sini, terdiri daripada pasukan atletik dan lawan pedang akan mengadakan upacara tersendiri di sini bagi menyambut acara pembukaan Sukan Olimpik yang akan ditayangkan secara langsung oleh Perbadanan Penyiaran Canada.

Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Encik Teo Ser Luck, akan menjadi tetamu kehormat di majlis tersebut yang dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Tinggi Canada ke Singapura dan Jawatankuasa Olimpik Canada.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: