Pingat Sukan Olimpik Ubah Nasib Taekwondo


ELAINE (kanan) dan Chew Chan kini giat menjalani latihan sebelum bertolak ke Beijing pada 17 Ogos ini.

SEBARANG pingat daripada dua atlet taekwondo negara daripada Sukan Olimpik XXIX di Beijing mungkin mampu mengubah keputusan untuk tidak menyenaraikan acara tersebut pada Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka nanti.

Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA), Raja Taharudin Raja Nong Chik berkata harapan persatuan itu kini digalas oleh Elaine Teo Shueh Fhern dan Che Chew Chan untuk meraih pingat sekali gus membuktikan perlunya acara tersebut dipertandingkan di Sukma Melaka.

“Taekwondo adalah acara Olimpik. Jika tidak dipertandingkan di peringkat bawahan seperti Sukma, maka sukar untuk mencari atlet pelapis dan mempopularkan lagi sukan ini,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan bulan lepas mengumumkan pengguguran acara taekwondo daripada Sukma 2010 atas alasan MTA masih gagal menyelesaikan masalah dalamannya.

Raja Taharudin berkata sebarang pingat daripada Elaine dan Chew Chan pasti menguatkan hujah mengapa sukan tersebut perlu terus dipertandingkan di Sukma.

Sementara itu Setiausaha Agung MTA, T. Kumar berkata setelah pulang daripada menjalani latihan khas selama lima minggu di Korea, dua atlet taekwando negara itu kini giat menjalani latihan tiga kali sehari di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil sebelum bertolak ke Beijing pada 17 Ogos ini.

“Mereka kini giat menjalani latihan di MSN dan saya sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bahawa mereka tidak mengalami sebarang kecederaan ketika menjalani latihan, “katanya.

Elaine yang sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kanan namun Kumar mengesahkan bahawa atlet yang berusia 27 tahun itu telah pulih sepenuhnya.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: