Serangan Bom Di Xinjiang Tidak Ancam Olimpik

05/08/2008 7:22pm

BOCOG, Beijing 5 Ogos – Penganjur Olimpik Beijing hari ini menyuarakan keyakinan bahawa temasya sukan yang bermula Jumaat ini akan berjalan dengan lancar dan selamat, walaupun dikejutkan dengan insiden serangan bom di Xinjiang, barat laut negara ini, semalam.

Jurucakap Ahli Jawatankuasa Olimpik Beijing, Sun Weide berkata, China telah mengambil kira pelbagai perkara bagi memastikan kawalan kesela matan berada pada tahap tertinggi.

“Kami sentiasa berhubung dengan Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC) dan kami sangat yakin pihak berkuasa China telah melakukan sebaik mungkin demi keselamatan sukan ini,” kata Weide.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kaitan serangan yang menyebabkan 16 anggota polis terbunuh semalam dengan mana-mana kumpulan.

“Polis masih menyiasat dan kami tiada maklumat lanjut mengenainya,” kata beliau.

Sementara itu, timbalan ketua delegasi Olimpik Australia, Peter Montgomery berkata, pihaknya tidak bimbang dengan soal keselamatan atlet negara tersebut sepanjang temasya Sukan Olimpik Beijing.

“Kami memberitahu semua atlet kami bahawa serangan itu berlaku 4,000 kilometer dari Beijing dan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Beliau yakin kerajaan China mengambil berat soal keselamatan di seluruh Beijing sewaktu temasya sukan itu berlangsung. – AFP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: