Australia Kecewa Olimpik XXIX Tanpa India

BEIJING – Juara bertahan, Australia kecewa kerana tidak berpeluang menguji keupayaan mereka ke atas pemenang pingat emas Sukan Olimpik sebanyak lapan kali, India pada temasya Olimpik XXIX.

Hoki disenaraikan pada Sukan Olimpik sejak 100 tahun yang lalu, namun buat pertama kali, India gagal melayakkan diri ke temasya tersebut selepas tewas kepada Britain dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelayakan di Chile Mac lalu.

Ketiadaan India amat dirasai kapten skuad hoki Australia, Bevan George.

“Amat kecewa kerana mereka (India) tidak dapat berada di sini (Beijing),” kata pemain pertahanan itu.

“Saya memang menanti masa untuk berhadapan dengan mereka. Terapi saya yakin mereka akan kembali pada temasya akan datang.”

Australia yang memenangi pingat emas buat kali pertama dalam acara hoki pada temasya di Athens empat tahun lalu, diletakkan sebagai pasukan pilihan kali ini.

Ia berikutan pencapaian menakjubkan mereka tahun ini selain memintas Jerman sebagai pasukan No. 1 dunia.

“Kami dalam keadaan terbaik ketika ini. Ia sesuatu yang amat menggembirakan,” kata George.

Acara hoki mula diperkenalkan pada Sukan Olimpik 1908 di London 1908.

Untuk rekod, India menjuarai gelaran Olimpik sebanyak enam kali berturut-turut bermula edisi 1928 hingga 1956.

Mereka memenangi dua lagi pingat emas pada temasya 1964 dan 1980.

Pencapaian India mula merosot setelah beberapa pemain dan jurulatihnya didakwa atas kesalahan pecah amanah. – Reuters

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: