Bola Sepak Wanita Mula Hari Ini

SHENYANG (China): Obor Sukan Olimpik Beijing hanya akan dinyala secara rasmi pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, bahang perjuangan untuk merebut pingat sudah pun bermula hari ini apabila acara bola sepak wanita dijalankan.

Jerman, selaku juara Piala Dunia 2007, bersama Brazil, selaku naib johan, akan turun bertarung dengan masing-masing menjadi pilihan untuk mara ke pertandingan akhir bagi merebut pingat emas.

Jika Jerman dan Brazil menjadi pilihan bagi acara wanita, saingan lebih sengit dijangka dalam acara bola sepak lelaki.

Argentina, selaku juara Olimpik Athens 2004, dan Cameroon, pemenang pingat emas Olimpik 2000 di Sydney, pasti merasakan tekanan untuk mara ke peringkat kalah mati.

Ini kerana kehadiran pasukan Belanda, juara Eropah Bawah 21 Tahun, yang bukan sahaja bakal menjadi penghalang, malah menjadi pilihan apabila acara lelaki dimulakan secara rasmi esok.

Pada masa yang sama, kehadiran Brazil, yang melayakkan diri ke Beijing selepas gagal mara ke Olimpik Athens empat tahun lalu, bakal menyemarakkan lagi saingan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Ronaldinho.

Jurulatih Brazil, Carlos Dunga, yang terkilan kerana gagal membantu juara Piala Dunia lima kali itu merebut pingat emas Olimpik, menyifatkan barisan pemainnya mampu menamatkan kegagalan tersebut.

Keadaan yang sama dihadapi oleh pasukan wanita Brazil dan kemampuan mereka menyaingi Jerman dan bekas juara dunia Amerika Syarikat untuk merebut pingat emas Olimpik masih dinanti.

‘Pasukan ini membuat persiapan rapi. Jerman tetap menjadi pilihan di Beijing tetapi kami tetap berharap akan dapat mengatasi mereka kali ini,’ kata Marta, pemain Terbaik Wanita Fifa.

Brazil akan berdepan dengan juara Afrika, Nigeria, dan pasukan handalan dari Asia, Korea Utara, dalam kumpulan yang disifatkan sebagai ‘Kumpulan Maut’.

Pemenang perlawanan pembukaan ini akan menjadi pilihan untuk merebut pingat emas.

Kedudukan undian pasukan lelaki:

Kumpulan A: Ivory Coast, Argentina, Australia, Serbia.

Kumpulan B: Belanda, Nigeria, Jepun, Amerika Syarikat.

Kumpulan C: China, New Zealand, Brazil, Belgium.

Kumpulan D: Korea Selatan, Cameroon, Honduras, Italy.

Pasukan wanita:

Kumpulan E: China, Sweden, Argentina, Canada.

Kumpulan F: Korea Utara, Nigeria, Jerman, Brazil.

Kumpulan G: Norway, Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand. — Xinhua.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: