Bolt Pikul Cabaran Bersihkan Imej Pelari Pecut

Acara dicemari jaguh-jaguh yang ambil dadah perangsang

BEIJING: Pemegang rekod dunia dari Jamaica, Usain Bolt, memikul tugas lebih mencabar dan tidak sekadar menjadi atlit negaranya yang pertama muncul sebagai juara pecut 100 meter Sukan Olimpik.

Bolt turut memikul cabaran memulihkan keyakinan sebagai pelari terpantas dunia dalam masa 20 tahun selepas Ben Johnson memusnahkan imej acara berprestij dalam Sukan Olimpik Seoul.

Berusia 21 tahun, Bolt berjaya mengambil tempat rakan senegara, Asafa Powell, sebagai pemegang rekod dunia pada Mei lalu.

Bagaimanapun, tidak mengejutkan jika ramai mengangkat bahu mengenai kejayaan itu berdasarkan pada imej yang dicemari oleh para pelari pecut terdahulu.

Johnson mungkin pesalah paling memalukan – sikapnya yang sombong apabila mengangkat tangan tanda kejayaan beberapa meter sebelum melepasi garisan penamat acara final 100 meter Olimpik.

Akhirnya beliau meninggalkan imej paling memalukan apabila diuji positif mengambil dadah perangsang.

Namun, bukan Johnson sahaja dalam senarai pencemar acara itu.

Dua lagi juara pecut 100 meter Olimpik – Linford Christie (Barcelona 1992) dan Justin Gatlin (Athens 2004) – juga gagal dalam ujian dadah.

Gatlin, yang juga pemegang rekod dunia 100 meter, berusaha tetapi gagal menyertai ujian kelayakan Olimpik Amerika Syarikat

Seorang lagi pemegang rekod dunia yang menipu dengan menggunakan dadah, Tim Montgomery, turut berdepan dengan pengadilan.

Montgomery, yang mencatat masa 9.78 saat di Paris dalam 2002, dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana peranannya mengeluarkan cek palsu, kini menghadapi hukuman penjara lima tahun lagi kerana mengedar dadah dan hukumannya akan bermula 10 Oktober ini.

Bekas temanita Montgomery, Marion Jones, yang juga dipenjara kerana skandal dadah, mungkin didenda AS$2 juta ($2.7 juta) dan mungkin diletak di bawah pengawasan selama empat tahun selepas dibebaskan.

Seorang lagi jaguh pecut, Maurice Greene, juga tidak terlepas daripada disyaki apabila bekas pemegang rekod dunia dan juara Olimpik Sydney 2000 itu diletakkan di bawah siasatan pihak berkuasa.

Bolt, yang berusaha menjadi wakil kepulauan Caribbean pertama memenangi acara 100 meter selepas kejayaan Hasley Crawford dari Trinidad pada 1976, menekankan:

‘Saya tahu saya bersih (daripada dadah) dan berharap semua pihak mempunyai pandangan yang sama tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka.’ – AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: