Hu Yakin Usaha Politikkan Olimpik Beijing Tidak Berhasil

Penganjur cuba reda ketegangan dengan tarik balik sekatan Internet

BEIJING: Presiden China, Encik Hu Jintao, semalam berkata usaha ‘mempolitikkan’ Sukan Olimpik Beijing tidak akan berhasil, sedang pihak penganjur cuba meredakan tekanan dengan menarik balik beberapa sekatan Internet.

Dalam satu wawancara selama 70 minit dengan para wartawan asing seminggu sebelum pembukaan Sukan Olimpik Beijing, Encik Hu berkata usaha mempolitikkan temasya itu bukan cara menangani isu.

‘Tidak dapat dielakkan bahawa orang ramai dari negara- negara dan rantau berbeza di dunia tidak sependapat mengenai isu-isu tertentu,’ kata Encik Hu tanpa menjelaskan isu-isu yang dimaksudkan.

‘Saya tidak fikir mempolitikkan Sukan Olimpik akan menghasilkan sesuatu yang baik dalam menangani isu-isu ini.

‘Ia sebaliknya menentang semangat Olimpik dan juga aspirasi yang dikongsi orang ramai di dunia.’

Dengan seramai 20,000 wartawan dijangka tiba di China untuk membuat liputan sukan itu, China sedang menghadapi tatapan teliti dunia dan Beijing mahu para wartawan menumpukan liputan mereka kepada sukan itu daripada membongkar isu-isu politik negara itu.

Encik Hu juga memberitahu lebih 20 wartawan asing bahawa China mengalu-alukan kehadiran mereka sama ada semasa dan sesudah Sukan Olimpik asalkan mereka mematuhi undang-undang negara itu

‘Seperti biasa, kami akan terus menyediakan kemudahan untuk wartawan asing yang datang ke China untuk membuat laporan,’ kata Encik Hu.

‘Sudah semestinya kami juga berharap wartawan asing akan mematuhi undang-undang dan peraturan China.

‘Kami juga berharap anda akan membuat laporan secara objektik terhadap apa yang anda lihat di sini.’

Beliau juga cuba meredakan kebimbangan mengenai kemajuan China sebagai sebuah kuasa dunia sambil berkata bahawa negara itu tidak menjadi ancaman kepada negara-negara lain di dunia dan Sukan Olimpik Beijing akan mempamerkan semangat mereka. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: