Kim Hock Bukan Faktor Utama

SPEKULASI yang melanda ketua jurulatih badminton negara, Yap Kim Hock tidak akan menjejaskan konsentrasi pemain negara yang bakal berjuang di Sukan Olimpik Beijing Jumaat ini.

Demikian jelas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Kim Hock bukan faktor utama dalam menentukan prestasi skuad negara pada Sukan Olimpik nanti, dia hanya bertindak selaku penyelaras kepada jurulatih yang lain dan bukan terlibat langsung dengan pemain negara,” katanya.

Spekulasi berhubung Kim Hock itu merujuk kepada khabar-khabar angin yang dia tidak lagi akan melatih pemain badminton senior negara selepas Sukan Olimpik Beijing.

Ismail berkata, spekulasi itu bagai- manapun tidak akan memberi seba- rang kesan kepada pemain-pemain memandangkan jurulatih peribadi sentiasa bersama mereka setiap masa.

Beliau diminta mengulas spekulasi mengenai masa depan Kim Hock yang timbul ketika skuad badminton bakal menghadapi Sukan Olimpik Beijing, terutamanya setelah dia tidak memperolehi kad akreditasi rasmi untuk bersama-sama pemain negara menginap di perkampungan sukan dan terpaksa pula duduk di tempat penonton ketika anak buahnya beraksi.

Ismail berkata, bagi seseorang pemain, perkara yang paling penting apabila mereka turun beraksi adalah jurulatih peribadi mereka sentiasa berada bersama mereka untuk memberikan tunjuk ajar yang sepatutnya.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd. Nadz- mi Salleh baru-baru ini berkata, pihaknya hanya mendapat empat akre- ditasi iaitu tiga untuk jurulatih peri- badi pemain negara yang akan beraksi iaitu Misbun Sidek (jurulatih perseorangan), Rexy Mainaky (juru- latih beregu) dan Wong Tat Meng (jurulatih perseorangan) dan satu lagi untuk pengurus pasukan, Datuk Lim Teong Kiat.

Skuad badminton negara yang diketuai pemain perseorangan No. 2 dunia, Lee Chong Wei berlepas ke Beijing kelmarin dan mereka merupakan sandaran utama untuk meraih pingat emas pada temasya berprestij itu.

Selain Chong Wei, skuad negara dianggotai Wong Choong Hann, Wong Mew Choo dan tiga beregu iaitu Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: