Penganjur Olimpik Jamin Temasya Beijing Selamat


PANTAU KESELAMATAN: Tiga anggota polis mengawal sesi latihan skuad renang Olimpik Australia di Shanghai, kelmarin.

BEIJING: Penganjur Olimpik China berkata, semalam mereka yakin bahawa temasya Beijing dijamin selamat, sehari selepas serangan pengganas di barat daya negara itu.

Jurucakap jawatankuasa Olimpik Beijing, Sun Weide, berkata kerajaan China “melakukan segala-galanya” untuk menjamin keselamatan di temasya itu yang bermula Jumaat ini.

“Kami sentiasa kerap berhubung dengan rakan kami di Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan kami semua yakin bahawa pihak berkuasa China sedang melakukan segala-galanya bagi menjamin keselamatan dan temasya itu akan dilangsungkan dalam keadaan selamat,” katanya.

Sun berkata mereka masih tiada menerima maklumat yang mengaitkan serangan kelmarin di Xinjiang, barat daya China, yang menyaksikan 16 polis terkorban.

“Polis berkata mereka masih menyiasat perkara ini dan kami masih tiada maklumat,” katanya.

China berulang kali berkata bahawa serangan pengganas terbesar akan datang daripada Xinjiang, daerah yang majoritinya populasi Muslim yang bersempadan dengan tengah Asia dan militan dari sana merancang untuk melakukan serangan ke atas temasya itu.

Dalam serangan itu, dua lelaki dari kumpulan etnik Muslim Uighur Xinjiang memandu trak ke arah pegawai polis di luar berek di bandar Kashgar, dan kemudian menyerang mereka dengan pisau, menurut laporan rasmi agensi berita rasmi China.

Timbalan ketua Olimpik Australia, Peter Montgomery, memberitahu wartawan bahawa serangan itu tidak mencetuskan kebimbangan keselamatan buat atlit Australia.

“Kami sudah menasihatkan atlit kami… ini adalah insiden yang berlaku 4,000 kilometer (2,500) batu) jauh,” kata Montgomery sambil menambah bahawa tahap keselamatan di Beijing kini sudah ketat. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: