Ronald Tersenyum Yakin Mengenai Peluang Di Beijing

OlehMohd Sani Ali

KEPUTUSAN undian perlawanan sudah diketahui jauh sebelum pertarungan dalam Sukan Olimpik Beijing bermula.

Pemain harapan negara, Ronald Susilo, akan berdepan pemain pilihan kedua dari Malaysia, Lee Chong Wei, yang disebut- sebut bakal merebut pingat emas pertama negara jiran dalam Sukan Olimpik itu nanti.

Bagaimanapun, Ronald, yang tampil buat kali kedua mewakili Singapura dalam sukan berprestij itu, hanya tersenyum ketika diminta pandangan mengenai persiapan dan harapannya di Beijing.

‘Jika dilihat pada persiapan yang saya lalui kali ini dengan persiapan ke Olimpik Athens empat tahun lalu, tidak banyak beza, hampir sama,’ jelas Ronald, yang jelas kelihatan riang dan tenang, sebelum berlepas ke Beijing dengan pesawat SIA A380 pagi semalam.

‘Dari segi latihan, saya kira biasa-biasa sahaja. Setiap jurulatih mempunyai corak latihan yang hampir sama.

‘Jika ada pun perbezaannya, ia lebih kepada pendekatan latihan tersebut.’

Empat tahun lalu, Ronald dilatih oleh jurulatih asal China, Zheng Qingjin.

Persiapan kali ini dibimbing oleh Asep Suharno.

‘Oleh itu, kami sebagai pemain yang perlu memberikan yang terbaik ketika berada di gelanggang dan pada masa yang sama turut berdoa kepada Tuhan agar kami dapat mencatat kejayaan yang terbaik dalam setiap pertarungan,’ tambah Ronald.

Menurut pemain yang baru merayakan ulang tahunnya ke-29 pada Jun lalu itu, latihan di Jeju, Korea Selatan, selama dua minggu sebagai persiapan ke Beijing turut meningkatkan keyakinannya.

‘Ini kali pertama kami diberi peluang berlatih dengan para pemain utama Korea.

‘Latihan tersebut banyak membantu saya kerana saya mendapat rakan sparring yang bermutu di sana,’ ujar Ronald.

Merujuk kepada pertemuan dengan Chong Wei, Ronald berkata beliau sedar dan yakin lawannya juga tahu bahawa sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua pemain terikat – menang dua kali dan kalah dua kali.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: