Setiap Atlit Diamanah Pamer Terbaik

Menteri: Perjuangan akan jadi contoh pada generasi pelapis

SETIAP atlit negara diberi amanah mempamerkan persembahan terbaik apabila tampil dalam Sukan Olimpik Beijing yang akan dibuka secara rasmi lusa.

‘Setiap perjuangan terbaik anda dalam Sukan Olimpik Beijing nanti hanya akan menjadi contoh dan teladan kepada para pemain pelapis dan angkatan muda yang ada ketika ini,’ jelas Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Lim Swee Say.

Namun, gesaannya itu bukan Amanat Hari Kebangsaan yang akan disambut republik ini pada 9 Ogos.

Ia merupakan bekalan semangat kepada setiap anggota skuad badminton negara yang berlepas ke Olimpik Beijing pagi semalam.

Encik Lim, yang juga mantan Presiden Persatuan Badminton Singapura (SBA), masih ingat menyaksikan wakil negara, Ronald Susilo, mencatat kejutan ke atas pemain pilihan utama dan pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan, dalam Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu.

Kini beliau melihat barisan muda seperti Xing Aiying tampil dalam acara perseorangan wanita sebagai salah satu harapan masa depan negara dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa.

‘Aiying masih muda dan mempunyai potensi yang cerah. Beliau juga tidak kenal erti gugup apabila berdepan para pemain handalan. Ini sesuatu yang amat menggembirakan,’ kata Encik Lim.

Beliau bersama para anggota kanan SBA disertai oleh para pemain dan penyokong Team Singapore berada di Terminal Tiga Lapangan Terbang Changi untuk mengucap selamat berjuang kepada para pemain negara.

Ini kali pertama Singapura menghantar lima pemain, jumlah terbesar ke Sukan Olimpik sejak acara badminton diperkenal sebagai acara pertandingan dalam Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Selain Ronald dan Aiying, turut layak ke Beijing ialah pasangan beregu wanita, Li Yujia, Jiang Yanmei serta beregu campuran Yujia dan Hendri Saputra.

‘Saya kira kami sudah bersedia. Walaupun kami sedar cabaran amat berat di Beijing, kami juga sedar kejutan boleh berlaku,’ kata Hendri.

Aiying juga yakin dapat melangkah ke suku akhir.

‘Saya kira tugas saya di suku akhir agak berat kerana jika saya lolos, saya akan berdepan pemain pilihan utama dari China,’ kata Aiying, yang tetap berharap dapat melakukan kejutan.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: