Acara Bertambah Popular

OlehMohd Sani Ali

BOLA sepak kini bukan lagi acara sukan yang tidak diminati di Sukan Olimpik.

Dengan penyertaan bintang-bintang dunia seperti Lionel Messi dari Argentina dan bekas Pemain Terbaik Dunia dari Brazil, Ronaldinho, ia dijangka menjadi perhatian dunia.

Juga, dengan terlibatnya bintang Manchester United, Anderson, pemain utama AC Milan, Alexandre Pato, dan bintang Belanda serta pemain Terbaik Musim Ini dari Liverpool, Ryan Babel, bola sepak pasti akan menghangatkan lagi suasana sukan ini.

Kempen merebut pingat emas yang akan bermula hari ini dengan pelibatan 16 pasukan disifatkan sebagai yang terhebat dalam sejarah sukan ini yang telah pun berusia 100 tahun.

Walaupun penyertaan beberapa bintang masih menjadi tanda tanya menyusuli rayuan beberapa kelab agar pemain mereka dilepaskan kembali ke pasukan profesional masing- masing, kehadiran pemain handalan lain tetap menjadi daya tarikan Olimpik.

Argentina, selaku juara bertahan, akan membuka tirai acara bola sepak dengan menentang Ivory Coast.

Dengan tenaga Messi, Juan Riquelme, Sergio Aguero, Javier Mascherano dan Fernando Gago, barisan itu dikatakan hampir menyamai kekuatan skuad senior mereka.

Empat tahun lalu, Argentina membenam setiap pasukan lawan untuk memungut pingat emas pertama dalam acara bola sepak apabila mencatat enam kemenangan daripada enam perlawanan dan menyumbatkan 17 gol tanpa balas.

Mampukah Ivory Coast menghalang amukan Messi dan rakan-rakannya itu nanti?

Brazil, yang belum pernah memenangi pingat emas Olimpik meskipun dua kali dalam pertandingan akhir, pula memulakan langkah dengan menentang Belgium yang disifatkan sebagai rintangan pertamanya.

‘Semua pasukan sudah bersedia dan kami harap akan mencatat keputusan baik di Olimpik,’ kata jurulatih Belgium, Jean Francois De Sart, yang yakin anak buahnya mampu menimpakan masalah ke atas Brazil, pimpinan Carlos Dunga.

Belanda pula diletakkan sebagai pilihan untuk memenangi pingat emas kerana kejayaannya muncul sebagai juara Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun.

‘Kami juara dua kali Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun. Kami bangga dengan kejayaan tersebut dan kerana itu semua pihak menyifatkan kami pasukan yang kuat. Saya harus akui bahawa kami memang kuat dan kerana itu alasan kami ke Beijing ialah untuk menang!’ kata jurulatihnya, Foppe de Haan.

Berikut ialah jadual perlawanan:

Australia lwn Serbia, Jepun lwn Amerika Syarikat, Brazil lwn Belgium, Honduras lwn Italy;

Argentina lwn Ivory Coast, Belanda lwn Nigeria, China lwn New Zealand, Korea Selatan lwn Cameroon.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: