Bendera Negara Berkibar Megah

Tanda rasmi penyertaan Republik

OlehMohd Sani Ali

BENDERA Singapura dikibarkan di Perkampungan Sukan Olimpik Beijing sebagai tanda rasmi penyertaan Republik di sukan berprestij yang akan berlangsung mulai esok.

Lagu Kebangsaan Singapura turut berkumandang di Beijing dalam upacara rasmi yang sering dijalankan di setiap pesta sukan besar, menandakan kehadiran para atlit yang sudah bersedia untuk turun bersaing dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Kontinjen negara yang terdiri daripada 26 atlit meletakkan setinggi harapan untuk menamatkan kemarau pingat dari Olimpik sejak kejayaan memungut pingat perak ahli angkat berat, Tan Howe Liang, di Sukan Olimpik Rome 1960.

Para atlit negara akan tampil dalam enam acara di Beijing – atletik, badminton, kapal layar, renang, menembak dan tenis meja untuk memikul cabaran membawa pulang sekurang- kurang satu pingat dari Beijing.

‘Semangat juang mereka cukup tinggi. Semua persiapan juga berjalan baik dan semua anggota kontinjen kami berpeluang mengadakan latihan pemanasan dan menyesuaikan diri sejak mereka tiba di Beijing,’ kata chef-de-mission, Dr Tan Eng Liang, kepada agensi berita Xinhua yang dipetik di sini semalam.

Dr Tan, yang pernah tampil dalam acara polo air nasional, tidak berselindung untuk menyatakan matlamat Singapura adalah memungut pingat di sukan kali ini.

‘Matlamat kami ialah untuk memenangi pingat di Olimpik Beijing, tidak kira apa warnanya,’ tambah beliau lagi.

Howe Liang menyumbang pingat perak bagi kategori 77 kilogram di Rome dan pingat tersebut kekal sebagai pingat tunggal negara di sukan berkenaan.

Peluang terdekat negara untuk memungut pingat ialah menerusi pemain tenis meja, Jing Jun Hong dan Li Jiawei, apabila mereka menduduki tempat keempat acara perseorangan di Sydney 2000 dan Athens 2004.

Pasukan tenis meja wanita yang diketuai Jiawei telah diundi sebagai pilihan kedua dalam acara berpasukan dan para pemain lelaki pula diletak sebagai pasukan pilihan ketujuh.

Kerana itu, Jiawei bersama rakan-rakannya tetap menjadi harapan untuk menamatkan kemarau pingat di Beijing ini.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: