Calvin Terkejut Dipilih

OlehMohd Sani Ali

PELARI pecut muda, Calvin Kang, tidak seharusnya berada di Sukan Olimpik Beijing.

Ini disebabkan anak kedua keluarga dua beradik yang tinggal di Pasir Ris itu tidak merancang akan beraksi di samping peserta handalan dunia di sukan berprestij itu.

‘Kerana itu saya amat terkejut apabila dipilih untuk mewakili negara ke Olimpik!’ kata Calvin, yang ditemui di Lapangan Terbang Changi sebelum beliau berlepas ke China pagi semalam.

‘Saya benar-benar tidak menyangka semua ini,’ kata pelajar Universiti Teknologi Auckland yang berpangkalan di Sekolah Sukan Singapura itu.

Bagaimanapun, pemilihan Calvin sebagai wakil negara dalam acara pecut 100 meter di sukan yang akan dirasmi malam esok adalah berdasarkan pencapaian cemerlang yang dicatatnya ketika tampil dalam Kejohanan Atletik Junior Asia Tenggara di Stadium Senayan Jakarta Mei lalu.

Calvin, 18 tahun, bukan sahaja muncul sebagai pemenang pingat emas, malah turut mencatat rekod junior nasional sebaik mencecahkan dadanya ke garisan penamat dengan masa 10.53 saat.

Catatan masa tersebut adalah yang terpantas diukir oleh sebarang atlit nasional musim ini.

‘Saya juga tidak pernah terbayang akan mencatat larian terbaik itu pada awal musim kerana matlamat saya ialah mencatat yang cemerlang di Kejohanan Atletik Junior Dunia di Poland bulan lalu,’ katanya dengan wajah riang keanak-anakan.

Ini disebabkan Calvin hanya meletakkan sasaran untuk meningkatkan larian bagi bekalan di Sukan SEA Laos 2009 selepas tampil dalam acara lari berganti-ganti 4×100 meter di Sukan SEA Korat tahun lalu.

Jurulatihnya, Alfred Sim, yakin penampilannya di Sukan Olimpik Beijing akan memberi atlit muda itu dorongan untuk meningkatkan persembahan yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

‘Calvin adalah sebahagian daripada atlit yang disiapkan untuk Sukan SEA 2009 dan 2011. Beliau juga adalah antara atlit yang diharap mampu memikul cabaran di Sukan Asia 2010 dan Sukan Olimpik London 2012,’ kata pengurus pasukan, C. Veramani, pula.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: