Fifa Kesal Tiada Pelepasan Bagi Pemain Ke Olimpik

BEIJING: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) kesal dengan kegagalannya untuk mendapatkan pelepasan pemain bagi menyertai Sukan Olimpik Beijing.

Ini menyusuli keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), mahkamah tertinggi bagi kegiatan sukan, memihak kepada rayuan Schalke 04 dan Werder Bremen dari Jerman serta gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona, agar pemain mereka dikembalikan kepada kelab masing-masing.

‘Fifa terkejut dan kecewa dengan keputusan CAS itu tetapi kami harus menghormatinya.

‘Bagaimanapun, saya merayu kepada kelab ‘Berilah pemain peluang menyertai Sukan Olimpik’. Ia merupakan langkah perpaduan dalam suasana yang harmoni dengan semangat Olimpik.

‘Ia merupakan peluang terbaik kepada pemain, peminat dan acara bola sepak itu sendiri,’ kata presiden Fifa, Joseph S. Blatter, yang turut mengirim kawat kepada FC Barcelona, Schalke 04 dan Werder Bremen, dengan merayu agar mereka tidak memanggil para pemain mereka – Leo Messi, Rafinha dan Diego – kembali ke kelab masing-masing.

Keputusan terkini CAS itu diumumkan malam tadi.

Barcelona ingin pemain penyerang Argentina, Messi, bersama mereka bagi perlawanan kelayakan pusingan ketiga Liga Juara-Juara yang akan berlangsung pertengahan Ogos ini sementara masing-masing, Shalke 04 dan Werder, pula mahukan Rafinha dan Diego kekal dalam persiapan pramusim.

‘Panel CAS merumuskan bahawa FC Schalke 04, SV Werder Bremen dan FC Barcelona tidak wajib melepaskan pemain mereka – Rafinha, Diego dan Messi – untuk acara bola sepak Sukan Olimpik Beijing,’ kata Setiausaha Agung CAS, Matthieu Reeb, kepada media di sini lewat malam tadi.

Reeb menekankan kepada Fifa dan pihak kelab agar mencari jalan penyelesaian dengan semangat Olimpik.

Sebarang rayuan daripada Fifa pula mungkin menemui jawapan yang sama. Sebaliknya, beliau mahu pemain dan kelab yang terlibat membuat penyelesaian sebaik mungkin.

‘Kini, terpulang kepada pihak kelab sama ada hendak memanggil mereka pulang bagi Liga Juara-Juara atau membenarkan mereka bermain dalam Sukan Olimpik,’ kata Reeb. — Xinhua.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: