Lin Dan Intai Dua Emas


XINGFANG menjadi pilihan utama memenangi pingat emas acara perseorangan wanita.

BEIJING – Pemain No. 1 dunia, Lin Dan (gambar) meletakkan sasaran untuk merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Beijing yang membuka tirainya hujung minggu ini.

Menurutnya, satu emas menjadi buruannya sementara satu lagi menjadi impian teman wanitanya, Xie Xingfang.

Pasangan yang dikenali sebagai “pasangan emas” itu merupakan pemain pilihan utama bagi acara perseorangan lelaki dan wanita pada temasya tersebut.

Walaupun menerima tekanan sebagai pemain yang merangkul gelaran Kejohanan Dunia 2006, Lin dan Xie menegaskan mereka akan menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri dalam misi memburu pingat emas.

“Saya rasa seperti saya mempunyai satu sasaran yang tinggi berbanding kejohanan lain. Pada temasya Olimpik, mungkin ramai pemain pilihan utama yang akan tumpas pada pusingan awal.

“Tekanan tersebut mungkin akan menjadi positif atau sebaliknya terhadap permainan saya tetapi emas pada temasya Olimpik merupakan idaman saya,” kata Lin Dan.

Selain itu, Lin Dan berharap kekasihnya, Xie yang mungkin akan bersara selepas temasya tersebut turut meraih kejayaan yang sama.

“Saya harap Xie akan mempamerkan aksi terbaik. Ia mungkin penampilan pertama dan terakhirnya dalam temasya Olimpik tetapi ia amat penting untuk Xie menunjukkan kebolehannya,” ujar Lin Dan.

Pasangan tersebut telah menguasai sukan badminton untuk beberapa tahun selepas Lin Dan tersingkir pada pusingan pertama temasya Olimpik Athens manakala Xie telah terlepas peluang untuk beraksi pada temasya itu.

– AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: