Messi Bakal Terlepas Olimpik

BEIJING – Tiga kelab bola sepak Eropah berjaya memenangi rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi menghalang pemain mereka daripada beraksi pada temasya Sukan Olimpik XXIX Beijing.

Keputusan mengejut CAS itu menyaksikan kelab Barcelona, Werder Bremen dan Schalke boleh menghalang pemain mereka, Lionel Messi, Diego dan Rafinha daripada beraksi pada temasya itu.

Menurut setiausaha agung CAS, Matthieu Reeb, tiga panel undang-undang memihak kepada rayuan kelab atas alasan Sukan Olimpik tidak berada dalam senarai kalendar Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIFA).

MESSI bakal terlepas aksi Sukan Olimpik berikutan keputusan mengejut yang diumumkan CAS semalam.

“Secara dasarnya, kelab terbabit boleh memanggil balik pemain-pemain mereka ke Eropah kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian,” jelas Reeb.

“Jika pemain-pemain tidak kembali, mereka boleh mengambil tindakan.”

Ini bermakna, Argentina bakal kehilangan khidmat Messi sementara Diego dan Rafinha tidak akan berada dalam senarai pemain Brazil.

“Keputusan ini tidak akan menjejaskan status pemain itu yang telah disenaraikan oleh Jawatankuasa Olimpik masing-masing dan akan kekal untuk beraksi pada Sukan Olimpik Beijing 2008,” jelas kenyataan CAS.

Acara bola sepak Sukan Olimpik hanya mensyaratkan kepada pemain berusia bawah 23 tahun dengan tiga kuota diberikan kepada pemain yang melebihi usia.

Sebelum ini, Barcelona, Werder Bremen dan Schalke menegaskan bahawa mereka tidak mahu kehilangan khidmat pemain mereka untuk kempen awal musim ini.

Barcelona dan Schalke dijadualkan beraksi pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara ketika Sukan Olimpik berlangsung.

Sementara itu, presiden FIFA, Sepp Blatter nyata kecewa dengan keputusan yang dibuat pihak CAS itu.

“FIFA sangat terkejut dan kecewa dengan keputusan ini, tetapi kami perlu menghormatinya,” jelas Blatter.

“Begitupun, saya merayu kepada kelab-kelab agar membiarkan pemain mereka mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.

“Ia akan menjadi satu tindakan perpaduan dalam harmoni selain memberi keseronokan kepada peminat dan permainan itu sendiri.” – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: