‘Peluang Semua Peserta Sama’

Pandangan ahli lompat pagar 110m Amerika

DALIAN (China): ‘Semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik Beijing.’

Ini merupakan pandangan David Oliver, ahli lompat pagar 110 meter Amerika Syarikat yang menjalani ujian persiapan terakhir di sini menjelang perasmian acara atletik Olimpik Isnin ini.

Selepas menjalani latihan dua jam di balapan Universiti Dalian, Oliver berkata terdapat barisan peserta terbaik dalam acara lompat pagar 110 meter dan mereka mempunyai matlamat yang sama.

‘Semua peserta mahukan pingat emas di Olimpik. Saya ke sini juga mempunyai azam yang sama,’ katanya.

Juara bertahan, Liu Xiang dari China, dan pemegang rekod dunia, Dayrion Robles dari Cuba, disifatkan sebagai dua peserta pilihan untuk merebut mahkota di sini.

Bagaimanapun, Oliver menolak pandangan yang menyifatkan kedua-dua atlit itu bakal merebut pingat emas tersebut.

‘Segala-galanya boleh berlaku di Olimpik. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku sehingga perlumbaan tamat nanti,’ kata Oliver.

‘Tiada sesuatu pun yang boleh mengetahui apa yang akan berlaku di Olimpik, tidak kira apa yang telah anda lakukan sebelum sukan tersebut berlangsung,’ tambahnya.

Ini merupakan penyertaan pertama Oliver di Olimpik, tetapi atlit berusia 26 tahun itu telah mencatat beberapa kejayaan sejak 2006.

Di Kejohanan Liga Emas Istaf Berlin September lalu, beliau mengalahkan beberapa peserta handalan dalam acara lompat pagar.

Ini termasuk pemenang pingat emas Olimpik 1996 dan juara dunia, Allen Johnson, juara NCAA 2006, Aires Merrit, pemegang rekod nasional Cuba, Robles, juara Eropah 2006, Stanislav Olijars dan juara Sukan Komanwel 2006, Maurice Wignall.

Dalam musim 2008 ini, Oliver menguasai semua pertandingan baik di luar stadium mahupun yang dijalankan di stadium tertutup, termasuk mengalahkan pemenang dua pingat perak Olimpik, Terrence Trammell, dalam Ujian Olimpik di Eugene.

Oliver kelihatan cukup jelas untuk melakukan apa yang harus dibuatnya ketika sebelum tampil bertanding dan selepas tamat Sukan Olimpik.

‘Pencabar utama saya ialah diri saya sendiri. Saya hanya berpegang kepada strategi dan cuba menyempurnakan tugas tersebut,’ katanya. — Xinhua.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: